Saturday, November 12, 2011

C Kulit kerang part 2

"o Makcik ko terbang" tiba-tiba terasa seperti ada sentuhan pada bahagia pinggang Qaseh..

"Hahahaha, padan muka.. pandang laut tu mcm ada putra katak tersesat pula aku tengok" perli Munir setelah puas memberi salam tetapi tidak berbalas.

"e.. Munir ni pun.. memang sah-sah pendek umur. Cuba Munir tengok betul-betul kat tengah laut tu, macam ada benda terbang-terbang kan" balas Qaseh dengan muka serius.

"Mana wei, jap2 aku take picture guna hendphone canggih ni" jawab Munir dengan bersungguh-sungguh sambil mengeluarkan hendphone nokianya.

"Tu ha.. Kalau Munir tak nampak memang sah2 la ni hehehehe" balas Qaseh dengan tawa tatkala melihat muka Munir yang berkerut seribu mengikut arah yang ditunjuknya.

"Engkau ni biar betul, Aku ni dah lah mata 4 tapi tak sampai pula tahap rabun pengelihatan keronik" slumber Munir membalas tanpa ada senyum.

Qaseh yang ketika itu separuh mati menahan tawa, automatik berdiri mengarah kebelakang Munir. Konon-kononnya membuat aksi cucuk bintang kearah yang dimaksudkannya.

"E...tolong lah.. aku tak nampak la, mana benda yang terbang-terbang tu, kalau dapat take picture bagus juga ni, boleh jadi tajuk artikel aku untuk bulan ni.. Qaseh mana tu?"... bebal Munir tidak puas hati maklumlah seorang penulis bebas pantang dapat bahan.

tiba-tiba.......

"o...makcik ko terbang-terbang" latah munir

"hahahaha, padan muka" ketawa Qaseh sehingga mukanya bertukar menjadi kemerahan.

"ceh!..kurang asam punya kawan" marah Munir kerana mengetahui bahawa dia telah tertipu..

" hahaha, Munir tau tak macam mana muka Munir tadi, mulut megalahkan Angelina Joli, Mata mengalahkan kajol, kerut kat dahi jangan cakap la, kalau fight dengan Siti Nuhaliza confirm 101% Munir menang..hehehehe" giat Qaseh mengenakan Munir.

" ala... aku balik la macam ni" jawab munir merajuk dengan muka sejibik ala-ala ulat daun malu-malu.




"hehehe.. ok2x.. im really sorry my dear.. bila Munir sampai ni" balas Qaseh menyudahkan usikkannya.

"ala..kiss kat pipi dulu la" dengan muka berseri-seri Munir mengemukakan permintaan.

"ceh, ceh batal wuduk Qaseh nanti" sambil tersenyum melayan kerena rakan karibnya itu.

"hahaha... joking.. aku sampai semalam kat rumah Mak Uda tapi tak selesa la kat rumah bab kali ni aku langkah kaki kanan tau" dengan muka bangga Munir menerangkan.

"aik, apa kes ya antum?" balas Qaseh ala-ala ustajah yang tak menjadi ustaza.

"em...Antum ni memang sah-sah ke laut hari2 ni kan kutip kerang. Busy dengan kedai senikraf antum tu, sampai kehadiaran cowok ganteng kat rumah Mak Udah pun antum tak sedar" panjang lebar Munir menjawab sambil ketawa dengan percampuran bahasa yang digunanya.

" o.. macam tu.. jadi????" sambil bermain mata Qaseh sengaja membalas kata-kata Munir..

Munir seakan-akan memahami maksud pandangan Qaseh itu.

"jom!" sambil ketawa Munir menarik tangan Qaseh kearah rumah Mak Udah.