Saturday, July 30, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN

yeh3x....double like... ta lama lg kta akan menyambut 1 bulan yan penuh dengan berkat.... hopefully kta dapat lalui semua tu dengan sebaik2nya... nantikan malam LAILATUQADAR....






Saturday, July 23, 2011

Cintai DIA

tanpa kta sedari kta telah jauh meninggalkan landasan kebenaran...
memupuk perasaan cinta sesama manusia sebelum akad...
sya akur dengan situasi ini, kerana sya juga tergolong dlm golongan mereka yang lalai...
Ku titip kata2 ustaz sewaktu "SAFARI NABAWI"...
Ustaz menerangkan dengan tangisan tapi mengapa mesej itu seakan2 tidak menyentuh hati ini...
em...mungkin kurang penghayatan...
sehingga lah sampai kepada tayangan video...

"A : JIKA KAMU DIBERI PELUANG UNTUK BERTEMU RASULLULLAH APA YANG AKAN KAMU KATAKAN?....
B : (MENANGIS DAN TERDIAM) AKU AKAN MEMOHON SUPAYA BAGINDA MEMBAWA SAYA PERGI BERSAMANYA JAUH KE ALAM YANG KEKAL"

sya tersentuh di sini, bertapa hebatnya Rasul junjungan kita... sentiasa mengutamakan umatnya dari dirinya... Sehingga terbentuk 1 kerinduan....
Namun, kta tidak pernah merasa kehebatan itu, lalu ia menyebabkan kta leka...
subahanallah...

Kata ustaz ; jadikan Rasullullah sebagai idola... bukan artis atau ikon2 TV... hayati perjuangan Rasul kta... Tidak kah kamu teringin bertemu dengannya...

Sya berfikir dan terus berfikir...sehinggalah sya bertemu jawapan yang hakiki nanti...

Special entry 4 sombody >"

Sya kenal dia masa sya stdy kat GiatMara sementara tunggu panggilan smbg stdy form 6..
Dia ni sorg yang sgt penyanyang dan sangat ambil berat tau...^^
Tak tau, dlm ramai2 sya kwn, sya rapat ngn dia... bnyk benda kami blh citer...
Sampailah 1 part nyilu melanda hidup kami...
Bukan sekali tapi berkali2...
Semuanya pun bab sya ni degil plus keras kepala plus tlbh manja hehehe..
Tapi dia tetap sabar ngn tetap senyum..
Sya tau dia tak mo kami putus kwn...
Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa..
Cinta Duniawi kami cuma sampai setakat itu...
Terlalu banyak memori yang kami simpan jauh di lubuk hati...

Hari tu, sya sgt marah...
sya tak marah dia tapi sya marah diri sya...
KENAPA SYA TAK BOLEH? KENAPA MESTI SYA? KENAPA DORG TAK FAHAM PERASAAN SYA? KENAPA???????????........

Akhirnya, sya dapat 1 jawapan setelah lama diamkan diri dlm seribu penyesalan....

"KADANGKALA ALLAH TURUNKAN HUJAN DAN PETIR, KITA TERCARI2 DIMANA MATAHARI, RUPA2NYA ALLAH TURUNKAN PELANGI SEBAGAI GANTI"

Sekarang kami kawan...Insyaallah akan kekal... Hope klu dia terbaca entry ni dia blh tersenyum...
MR BLUE2 n Miss Kitty... i like^^

Friday, July 22, 2011

Jom kita Amalkan selalu^^

Doa Harian

1. DOA KETIKA HENDAK TIDUR
"Dengan nama Engkau Wahai Tuhan aku hidup dan mati"

2.DOA KETIKA BANGUN TIDUR
"Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadanya kami akan dikumpulkan"

3. DOA UNTUK MENGHILANGKAN RASA MARAH
" Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan terkutuk; Ya Allah ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah akan daku dari syaitan yang terkutuk"

4.DOA APABILA MENDAPAT KHABAR GEMBIRA
"Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam, pujian yang menyamai nikmatNya dan menandingi keutamaanNya"

5. DOA MELIHAT DIRI DI CERMIN
" Segala puji bagi Allah yang telah membaikkan kejadianku,lalu membanguskannya dan memuliakan rupa mukaku lalu mengindahkannya dan menjadikan aku dari golongan orang-orang yang menyerah diri kepadaNYA."


P/S : Maaf lah yeh sya tak de perisian yang boleh taip jawi tu, so sya kongsi terjemahan ja la. SELAMAT BERAMAL SEMUA!... SEMOGA HATI2 YANG MEMBACA DOA2 INI BERADA DALAM KEREDAAN ALLAH S.W.T dan selawat keatas nabi junjungan kita MUHAMMAD SOLLALLAH ALAIHIWASSALAM.

Thursday, July 21, 2011

Kosmetik Pilihanku

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Imam Muda Sr2 - Kenali Imam Muda Hassan

Imam Muda Sr2 - Imam Muda Hassan

ceciter je part final

"Dear diari :
Hari ini, genap 3tahun sya menerima msg tanpa mengetahui siapa tuan punya badan yang sebenar. Kadang-kadang timbul perasaan ingin disayangi oleh kaum bertentang jenis tapi sya tak berani untuk memulakan langkah. Setiap malam berlabuh, setiap pagi menjelma, sya seakan-akan ternanti msg tersebut. Cuma yang peliknya bila sya balas msg tersebut pasti tak da jawapan...emm.... siapa dia.

Dear diari :
Hari ini, sya akan menjadi milik org yang sya tak kenali. sya tak pernah jumpa dan tak pernah bercakap pun sekali dengannya. Mcm2 fikiran nakal menerjah contohnya mcm mana rupa org tu ada tak mcm Hassan kalau senyum tp klu mcm shreak mampus la sya huhuhuhu.

Dear diari :
Hari ni juga Mir sempat MMS picture 1st babynya yang diberi nama Irsya Izwani. Kata Mir dia nak baby nya tu jadi mcm sya, kuat, cekal tapi kiut hehehe ada2 ja

Dear diari :
Dari dalam bilik raja sehari ni sya da boleh dengar bunyi kompang.. YA ALLAH SELAMATKAN LAH SYA"

Suasana di perkarangan rumah Ayu riuh rendah...
Terdengar bisikan2 yang kurang menyenangkan
"mcm mna kawin tak da bertunang ni, tiba2 ja...ada masalah ka?" tu la soalan yang kerap didengari

"sah" kata imam
"sah" disambut oleh saksi2 yang dilantik...
"bawak la pengantin perempun tu keluar emaknya" kata imam lagi.

Paluan kompang kedengaran lagi....

Majlis membatalkan air wuduk dimulakan...
Ayu dengan tertib menyambut salam yang dihulur oleh suaminya yang sah.
"Napa tangan sejuk ni.. demam yerrr" kedengaran suara yang amat janggal di deria pendengaran Ayu.
Lantas Ayu memandang muka pemilik suara tersebut.
"Sya tak kenal kamu, kamu pun tak kenal sya, mcm mna kmu blh terfikir nikahi sya" balas Ayu dengan berani.
"Tak pa la, nanti abg kenal lah Ayu dan Ayu pun akan kenal abg juga" slumber Ayu menerima jawapan tersebut.

"Mie, p la bersalam ngn keluarga mentua lagi" seseorang tiba-tiba bersuara menyebabkan Ayu kembali ke alam nyata.

Sebulan selepas itu....
"aik dengan suami sendiri pun masi nak malu ka" dengan muka tak berperasaan Ahmad Azmie menyakat Ayu.
"Apa la, aurat tau tak...nama ja solat tak tinggal" balas Ayu geram.
"Halal da" jawab Azmie sambil tersnyum.

"Dear diari :
Syukur Alhamdulillah, sya dikurniakan seorang kekasih, seorang suami dan seorang sahabat yang sangat memahami diri ini. Rupanya bercinta selepas kahwin lebih nikmat dari sebelum kawin. Tak sangka ketabahan hati ini terbalas juga. Hari demi hari cinta kami semakin kuat. sekarang ni kami cuma menunggu rezeki yang seterusnya.

Dear diari :
Semalam Mir call sya dan sya sangat2 geram dengannya. rupa2nya selama 3 tahun sya selalu menerima msg dari individu yang tak dikenal pasti adalah hasil komplot Mir dan Azmie... sangat dasyat, sikit hidung Mir nak terbalik nasib dia ada kat seberang, kalau tak habis la dia.

Dear diari : 
Tapi apa2 pun SYA BAHAGIA SEKARANG NI. TERIMA KASIH ABG"


ceciter je part 3

Setiap malam tepat jam 11 pm...
"syalalala....syalalala..syalalala"  bunyi fon pasti akan kedengaran dan msg yang diterima adalah seperti ini..
"sebelum tidur jgn lupa baca surah 4kul, Assalammualaikum" dan Ayu akan buat just dont know...

Setiap pagi tepat jam 5am....
"syalalala....syalalala.....syalalala" bunyi fon akan kedengaran juga dan msg yang akan diterima mesti sama selalu seperti ini " Assalam, jangan lupa solat subuh..mulakan tiap langkah dengan tawaqal tuAllah" dan seperti biasa juga Ayu akan buat just dont know....

Mir yang memerhati situasi itu pun just keep quit ja bab ta mo Ayu bising.....

Hari demi hari.... bulan demi bulan...sem demi sem.... tahun demi tahun....

"Ayu, hang apply keja tang mana tu" Mir bertanya pada Ayu
"Alala tempat yang dekat ngn rumah sya la... jimat kos geng hehehehe" jawab Ayu.

"Ayu, t hang klu kawin jangan lupa jemput sya no. Sya book tukang buka hadiah je ler" kata Mir lagi.
"Yang tu ko kena tunggu sampai my Mr Right datang meminang la " Jawab Ayu slumber.
"la, hang tu yang jual mahal pun" balas Mir lagi
"ya la, ingat sya ank kucing arrr....sya ank manusia tau, serikandi akhir zaman lagi tu" jawab Ayu dengan yakinnya.
"Apa sal hang tak go through je dengan mamat yang selalu bg msg tu, tak pandai give up tau mamat tu tgk sampai skrg hampir 1 tahun da tu Ayu" tanya Mir mohon kepastian.
"isyssss.... sya ta mo la jiwang2 ni, sya nak jiwang dengan suami sya ja nanti. BF2 tak terlintas lagi..." begitu la jawapan Ayu yang seakan2 di fotostat saja berserta mimik muka yang ta berubah.

"syalalala....syalalala...syalalala..."

"Opssss... apa bunyinya" pantas Mir berkata.
"tepat jam 11 da la, mcm biasa" kata Ayu tanpa riak.
"Hang ni kan, tada perasaan langsung" balas Mir tidak berpuas hati.

"Mir kalau sya bgtau 1 rahsia ko simpan yer" balas Ayu.
"ok" jawab Mir dengan menunjukkan simbol peaces..

"Sya serik dah la... cukup la pengalaman lalu tu. sekarang ni semua penyesalan tu sya kutip jadi guru yang yang terbaik bg diri ini.. kamu faham kan Mir"  balas Ayu dengan wajah sayu...
"Tapi Ayu... sampai bila?" tanya Mir lagi.
"Sya tak kisah siapa pun jodoh sya, yang pasti setiap kejadian ada hikmahnya." balas Ayu ringkas.

Ceciter je part 2

"syalalala....syalalala......" fon berbunyi...
"Ayu!....1 msg diterima" Mir menjerit mencari Ayu
"Mir, tgk dlu la.. sya sakit perut lorrr" Jawab Ayu pula.
" msg tu kata, pandangan matamu membuatkan jantungku cair" jawab Mir sambil ketawa geli hati.
"Wei, bak mari fon tu.. pelik bebenor msg ni" dengan muka confius Ayu merampas fonnya.
"tak caya sdh" slumber Mir membalas.
"Mir! apa jenis msg ni...ada pula jantung boleh cair..pelik btl" Ayu berkata lagi.
"ar.....tu la implikasi pandangan mata hang tadi Ayu... jangan2 Mr Right hang dah mari kot hahaha" Mir membalas kata2 Ayu.

"Ar....mo balas apa yer Mir... give me some idea..Hassan kot" Ayu kelihatan kelamkabut mencari idea, pantang bila terfikir Mr Rightnya.

"Apa Hassan?" dengan mata terbeliak Mir menjawab.

"ya la...cepat la idea please" Ayu seakan-akan terdesak.
"ceh, susah juga jadi orang ramai peminat ni" jawab Mir lagi.
"arr.... ko jawab mcm ni... klu jantung ko cair cepat2 p masuk aisbox kasih beku sebelum terlambat" Mir memberi idea yang sangat bernas bagi orang yang ketandusan idea.

"issss....bagi la ayat jiwang2 sikit.. contohnya mcm ni andai jantungmu cair akanku ganti dengan mesin jantung berteknologi tinggi di import khas dari jepun" dengan mimik muka tersenyum2 Ayu mengungkap ayat2 yang disusunannya susah payah tadi..
"hahahaha...kalau sya dapat msg tu, confirm sya ketuk kepala 10X Ayu" sambil ketawa sakit perut Mir menjawab.

"Habis tu Mir" balas Ayu seakan2 pening kepala mengatur ayat2 jiwangnya.
"la... hang kenal ka dak org yang kirim msg tu. Klu ta kenal ta yah la pusing atur ayat tuk balas msg tu ha" tegas Mir sebab tak tahan melihat mimik muka lucu Ayu.
"ya la.. ya la...sya bls mcm ni ja ...ada sya kisah" balas Ayu sepontan.

Membesar mata Mir mendengar jawapan Ayu seperti pesakit yang mempunyai simptom hyperthyroidisme iaitu exophthalmos.

"Suka hati hang la Ayu" jawab Mir ringkas tak mahu pening kepala lagi sebab dia bukan budak sastra yang pandai mengarang.

Beberapa minit selepas itu........

"syalala...syalalala...syalala" fon berbunyi lagi

"Ayu" panggil Mir

Ayu dengan senyuman kambing mengambil fonnya dengan cara yang paling tertib walaupun fon tersebut cuma berada diatas meja bersebelahan dengan tempat duduknya saja.

"Apa dia balas" dengan muka ingin tahu Mir bertanya.
"arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr" tiba-tiba Ayu menjerit.

"Apa kes" Mir terkejut.

"Mir org ni memang sah2 mental, cuba ko baca apa dia balas" Jawab Ayu dengan muka yang sangat merah kalah warna udang yang siap dimasak.

"kalau jodoh tak kan lari gunung di kejar" Mir membaca msg tersebut.

"Kan, berdiri bulu roma sya Mir, kalau gunung berlari habis la kta kena pinjak" balas Ayu tada perasaan

"hahahahaha" Mir ketawa seakan-akan tak de noktah da.

"Mir... binggung sya oleh tukang msg ni...biar la dia" Ayu membuat keputusan yang muktamad

Mir hanya memandang penuh makna pada Ayu...

Ceciter Je - part 1

"Wo!,tupai la mir.." Ayu dengan semangatnya menjerit kepada Mir
"Hang apa la cik oi, suara tu kalau iye pun kasih louder lagi la, ni ada speaker ha" dengan kegeraman Mir menjawab.
"Ala Mir, ko tengok la comel kan tupai tu, ko tolong la sya tangkap.. nanti saya kasih 1 hadiah besar punya" sambil ketawa Ayu berkata lagi.
"Hang ni, lupa makan ubat yer Ayu.. cuba hang fikir masak-masak dulu sebelum cakap" dengan muka hampir kebiruan Mir menjawab.
"ceh, putus kawan... ko tengok jari sya ni" sambil menunjukkan jari telunjuknya yang sengaja ditemukan dengan jari telunjuk yang satu lagi dan semakin berjarak.
"Ayu....Ayu...Ayu....Ayu... nak kata hang ni tak pandai tak boleh juga bab tiap sem naik stage, nak kata hang ni tak lawa tak boleh juga bab tengok muka ja pun orang boleh cair, nak kata hang ni terlebih jujur, sya rasa memang sesuai" hehehe Mir ketawa dengan gelagat temannya itu.
"Ok la...." dengan muka sedih Ayu mengalah.
"E...buruknya muka. Jap, hang tunggu sini...HASSANNNNNNNNNNNN!" sepenuh tenaga Mir menjerit memanggil nama idola Ayu Imam Muda Hassan.



"Wei.... ya la, ya la... ko ni download ja picture tu pun susah" sambil muka kemerahan Ayu menjawab.
"hahahaha...cis terus keluar sifat kesopan-santunan hang yer..meluat cik tengok" balas Mir lagi.
"Aik mestilah, serikandi akhir zaman kan" hehehe Ayu tak mo kalah juga.
"Mir, sabtu ni jom ikut sya p main futsal.. mahu lah ye" Ayu dengan tektik lapuknya cuba memujuk Mir lagi
"Dua da permintaan hang ni cik kak oi, sya bukan jinny yang dari lampu ajaib tu" Mir sengaja menyakat Ayu lagi.
"Tak pa la, memandangkan.. ko ada lesen keta so, boleh lah" Ayu memujuk tanpa berputus asa.
"ok... kalau hang sudi bermadu dengan sya" sambil senyum kambing yang tak mandi 10 hari Mir berkata.
"MADU!..... tu pantang sya, tak mo. Sya bg ko free of charge IM yang lain. Ko cuma tinggal pilih ja lagi" Ayu membalas, dengan riak seakan-akan IM Hassan betul-betul boy friendnya.
"hahahaha" Mir ketawa melihat telatah Ayu
"So?" balas Ayu tanpa perasaan.
"Ok" balas Mir.

Persahabatan Mirrinda Hidayah dan Irsya Irwayu bermula sejak pertama kali bertemu semasa sesi orentasi KKS. Kebetulan mereka ditempatkan dalam bilik yang sama. Mereka mempunyai ragam yang berbeza.

I. Irwayu : seorang yang tak de perasaan tapi pipi cepat merah, sederhana, bertudung, anak kacukan cina dan baju berasal dari sabah, pandai mencari alasan luar jangkaan, terlebih jujur.

Mirrinda H. : Sporting, berwajah manis kalau senyum, tegas, bijak, rajin, pantang menerima cabaran, seorang yang sangat setia.



Namun kedua-dua mereka mempunyai 1 persamaan iaitu " FRIENDLY"

Kisah mereka bermula disini :........


Wednesday, July 20, 2011

Damaikan hatiku.......

Tak Tau Apa Nak Jadi^^

Pejam celik Pejam Celik.....
tup! skrg sya dah hampir habis stdy....
Mcm2 perasaan ada tapi nak buat mcm mana kan...
Setiap Kejadian itu ada hikmahnya....

Macam kejadian siang dan malam.....
Kejadian musim luruh dan musim bunga.....
Betapa Hebatnya Pencipta Kta.....
Alhamdulillah.....

Kini sya melangkah setapak lg....
Menuju jalan yang telah sya pilih.....
Setiap penyesalan dlu.....
Sya kutip kembali supaya dapat menjadi guru pada dri ini.......

Perasaan nyilu masih terasa....
Tapi kehadiran teman2....
Berjaya membuatkan sya tersenyum...
Terima kasih teman.....

Manakala buat mereka yang pernah menyayangi diri ini....
Maafkan sya, sya bukan insan yang sempurna....
Kelembutan budi bicara ibarat senjata yang memakan dri....
Kerelaan hati membuatkan sya tertipu dengan cinta dunia....
Allahuakhbar....
Lemahnya sya.......

Sya nak kongsi artikel yang ni....^^

TAJUK : BERCINTA SEBELUM VS SELEPAS KAWIN

Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasai oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.

"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:

"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 
Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.