"syalalala....syalalala......" fon berbunyi...
"Ayu!....1 msg diterima" Mir menjerit mencari Ayu
"Mir, tgk dlu la.. sya sakit perut lorrr" Jawab Ayu pula.
" msg tu kata, pandangan matamu membuatkan jantungku cair" jawab Mir sambil ketawa geli hati.
"Wei, bak mari fon tu.. pelik bebenor msg ni" dengan muka confius Ayu merampas fonnya.
"tak caya sdh" slumber Mir membalas.
"Mir! apa jenis msg ni...ada pula jantung boleh cair..pelik btl" Ayu berkata lagi.
"ar.....tu la implikasi pandangan mata hang tadi Ayu... jangan2 Mr Right hang dah mari kot hahaha" Mir membalas kata2 Ayu.
"Ar....mo balas apa yer Mir... give me some idea..Hassan kot" Ayu kelihatan kelamkabut mencari idea, pantang bila terfikir Mr Rightnya.
"Apa Hassan?" dengan mata terbeliak Mir menjawab.
"ya la...cepat la idea please" Ayu seakan-akan terdesak.
"ceh, susah juga jadi orang ramai peminat ni" jawab Mir lagi.
"arr.... ko jawab mcm ni... klu jantung ko cair cepat2 p masuk aisbox kasih beku sebelum terlambat" Mir memberi idea yang sangat bernas bagi orang yang ketandusan idea.
"issss....bagi la ayat jiwang2 sikit.. contohnya mcm ni andai jantungmu cair akanku ganti dengan mesin jantung berteknologi tinggi di import khas dari jepun" dengan mimik muka tersenyum2 Ayu mengungkap ayat2 yang disusunannya susah payah tadi..
"hahahaha...kalau sya dapat msg tu, confirm sya ketuk kepala 10X Ayu" sambil ketawa sakit perut Mir menjawab.
"Habis tu Mir" balas Ayu seakan2 pening kepala mengatur ayat2 jiwangnya.
"la... hang kenal ka dak org yang kirim msg tu. Klu ta kenal ta yah la pusing atur ayat tuk balas msg tu ha" tegas Mir sebab tak tahan melihat mimik muka lucu Ayu.
"ya la.. ya la...sya bls mcm ni ja ...ada sya kisah" balas Ayu sepontan.
Membesar mata Mir mendengar jawapan Ayu seperti pesakit yang mempunyai simptom hyperthyroidisme iaitu exophthalmos.
"Suka hati hang la Ayu" jawab Mir ringkas tak mahu pening kepala lagi sebab dia bukan budak sastra yang pandai mengarang.
Beberapa minit selepas itu........
"syalala...syalalala...syalala" fon berbunyi lagi
"Ayu" panggil Mir
Ayu dengan senyuman kambing mengambil fonnya dengan cara yang paling tertib walaupun fon tersebut cuma berada diatas meja bersebelahan dengan tempat duduknya saja.
"Apa dia balas" dengan muka ingin tahu Mir bertanya.
"arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr" tiba-tiba Ayu menjerit.
"Apa kes" Mir terkejut.
"Mir org ni memang sah2 mental, cuba ko baca apa dia balas" Jawab Ayu dengan muka yang sangat merah kalah warna udang yang siap dimasak.
"kalau jodoh tak kan lari gunung di kejar" Mir membaca msg tersebut.
"Kan, berdiri bulu roma sya Mir, kalau gunung berlari habis la kta kena pinjak" balas Ayu tada perasaan
"hahahahaha" Mir ketawa seakan-akan tak de noktah da.
"Mir... binggung sya oleh tukang msg ni...biar la dia" Ayu membuat keputusan yang muktamad
Mir hanya memandang penuh makna pada Ayu...
No comments:
Post a Comment