Thursday, July 21, 2011

Ceciter Je - part 1

"Wo!,tupai la mir.." Ayu dengan semangatnya menjerit kepada Mir
"Hang apa la cik oi, suara tu kalau iye pun kasih louder lagi la, ni ada speaker ha" dengan kegeraman Mir menjawab.
"Ala Mir, ko tengok la comel kan tupai tu, ko tolong la sya tangkap.. nanti saya kasih 1 hadiah besar punya" sambil ketawa Ayu berkata lagi.
"Hang ni, lupa makan ubat yer Ayu.. cuba hang fikir masak-masak dulu sebelum cakap" dengan muka hampir kebiruan Mir menjawab.
"ceh, putus kawan... ko tengok jari sya ni" sambil menunjukkan jari telunjuknya yang sengaja ditemukan dengan jari telunjuk yang satu lagi dan semakin berjarak.
"Ayu....Ayu...Ayu....Ayu... nak kata hang ni tak pandai tak boleh juga bab tiap sem naik stage, nak kata hang ni tak lawa tak boleh juga bab tengok muka ja pun orang boleh cair, nak kata hang ni terlebih jujur, sya rasa memang sesuai" hehehe Mir ketawa dengan gelagat temannya itu.
"Ok la...." dengan muka sedih Ayu mengalah.
"E...buruknya muka. Jap, hang tunggu sini...HASSANNNNNNNNNNNN!" sepenuh tenaga Mir menjerit memanggil nama idola Ayu Imam Muda Hassan.



"Wei.... ya la, ya la... ko ni download ja picture tu pun susah" sambil muka kemerahan Ayu menjawab.
"hahahaha...cis terus keluar sifat kesopan-santunan hang yer..meluat cik tengok" balas Mir lagi.
"Aik mestilah, serikandi akhir zaman kan" hehehe Ayu tak mo kalah juga.
"Mir, sabtu ni jom ikut sya p main futsal.. mahu lah ye" Ayu dengan tektik lapuknya cuba memujuk Mir lagi
"Dua da permintaan hang ni cik kak oi, sya bukan jinny yang dari lampu ajaib tu" Mir sengaja menyakat Ayu lagi.
"Tak pa la, memandangkan.. ko ada lesen keta so, boleh lah" Ayu memujuk tanpa berputus asa.
"ok... kalau hang sudi bermadu dengan sya" sambil senyum kambing yang tak mandi 10 hari Mir berkata.
"MADU!..... tu pantang sya, tak mo. Sya bg ko free of charge IM yang lain. Ko cuma tinggal pilih ja lagi" Ayu membalas, dengan riak seakan-akan IM Hassan betul-betul boy friendnya.
"hahahaha" Mir ketawa melihat telatah Ayu
"So?" balas Ayu tanpa perasaan.
"Ok" balas Mir.

Persahabatan Mirrinda Hidayah dan Irsya Irwayu bermula sejak pertama kali bertemu semasa sesi orentasi KKS. Kebetulan mereka ditempatkan dalam bilik yang sama. Mereka mempunyai ragam yang berbeza.

I. Irwayu : seorang yang tak de perasaan tapi pipi cepat merah, sederhana, bertudung, anak kacukan cina dan baju berasal dari sabah, pandai mencari alasan luar jangkaan, terlebih jujur.

Mirrinda H. : Sporting, berwajah manis kalau senyum, tegas, bijak, rajin, pantang menerima cabaran, seorang yang sangat setia.



Namun kedua-dua mereka mempunyai 1 persamaan iaitu " FRIENDLY"

Kisah mereka bermula disini :........


No comments:

Post a Comment