Showing posts with label Islam Agamaku. Show all posts
Showing posts with label Islam Agamaku. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN

yeh3x....double like... ta lama lg kta akan menyambut 1 bulan yan penuh dengan berkat.... hopefully kta dapat lalui semua tu dengan sebaik2nya... nantikan malam LAILATUQADAR....






Saturday, July 23, 2011

Cintai DIA

tanpa kta sedari kta telah jauh meninggalkan landasan kebenaran...
memupuk perasaan cinta sesama manusia sebelum akad...
sya akur dengan situasi ini, kerana sya juga tergolong dlm golongan mereka yang lalai...
Ku titip kata2 ustaz sewaktu "SAFARI NABAWI"...
Ustaz menerangkan dengan tangisan tapi mengapa mesej itu seakan2 tidak menyentuh hati ini...
em...mungkin kurang penghayatan...
sehingga lah sampai kepada tayangan video...

"A : JIKA KAMU DIBERI PELUANG UNTUK BERTEMU RASULLULLAH APA YANG AKAN KAMU KATAKAN?....
B : (MENANGIS DAN TERDIAM) AKU AKAN MEMOHON SUPAYA BAGINDA MEMBAWA SAYA PERGI BERSAMANYA JAUH KE ALAM YANG KEKAL"

sya tersentuh di sini, bertapa hebatnya Rasul junjungan kita... sentiasa mengutamakan umatnya dari dirinya... Sehingga terbentuk 1 kerinduan....
Namun, kta tidak pernah merasa kehebatan itu, lalu ia menyebabkan kta leka...
subahanallah...

Kata ustaz ; jadikan Rasullullah sebagai idola... bukan artis atau ikon2 TV... hayati perjuangan Rasul kta... Tidak kah kamu teringin bertemu dengannya...

Sya berfikir dan terus berfikir...sehinggalah sya bertemu jawapan yang hakiki nanti...

Friday, July 22, 2011

Jom kita Amalkan selalu^^

Doa Harian

1. DOA KETIKA HENDAK TIDUR
"Dengan nama Engkau Wahai Tuhan aku hidup dan mati"

2.DOA KETIKA BANGUN TIDUR
"Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadanya kami akan dikumpulkan"

3. DOA UNTUK MENGHILANGKAN RASA MARAH
" Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan terkutuk; Ya Allah ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah akan daku dari syaitan yang terkutuk"

4.DOA APABILA MENDAPAT KHABAR GEMBIRA
"Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam, pujian yang menyamai nikmatNya dan menandingi keutamaanNya"

5. DOA MELIHAT DIRI DI CERMIN
" Segala puji bagi Allah yang telah membaikkan kejadianku,lalu membanguskannya dan memuliakan rupa mukaku lalu mengindahkannya dan menjadikan aku dari golongan orang-orang yang menyerah diri kepadaNYA."


P/S : Maaf lah yeh sya tak de perisian yang boleh taip jawi tu, so sya kongsi terjemahan ja la. SELAMAT BERAMAL SEMUA!... SEMOGA HATI2 YANG MEMBACA DOA2 INI BERADA DALAM KEREDAAN ALLAH S.W.T dan selawat keatas nabi junjungan kita MUHAMMAD SOLLALLAH ALAIHIWASSALAM.

Thursday, July 21, 2011

Kosmetik Pilihanku

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Wednesday, July 20, 2011

Damaikan hatiku.......

Sya nak kongsi artikel yang ni....^^

TAJUK : BERCINTA SEBELUM VS SELEPAS KAWIN

Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasai oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.

"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:

"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 
Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.

Friday, March 11, 2011

Nur Selawat



p/s ;  jom selawat ke atas RASUL JUNJUNGAN KTA... MUHAMMAD SOLLALLAH ALLAI HI WASSALAM

Monday, January 3, 2011

juz untuk info bersama

Tajuk buku ni "MUKJIZAT ZIKIR2 ASMAUL HUSNA"

msti semua tau da kn apa tu "asmaul husna"..so, ta yah la sya nak terangkan panjang2...hehehe

Lama da sebenanya sya beli buku ni tp tu la malas nak baca huhuhu...
so nak dijadikan citer hari tu sya tergerak la nak baca buku ni bab tgk saiznya yg cute sangat...
pas baca2 buku ni..sya tertarik ngn beberapa zikir yg sya rasa dapat membantu kita melalui hari2 yang sentiasa mencabar kita, antaranya ;

1. Berzikir Yaa Majid 100x = untuk menghilangkan tekanan dan kemurungan.

2. Berzikir Yaa Hakiim sebanyak2nya = memohon kekuatan dalam hidup.

3. Berzikir Yaa Waliyy sebanyak 700x pada malam jumaat = untuk mengatasi rintangan

4. Berzikir Yaa Rahmaan 100x selepas solat= untuk menghilangkan sifat lalai dan lupa

5. Berzikir Yaa Fattaah 70x = untuk memudahkan urusan

P/S ; Banyak lagi zikir2 tu sebenarnya, so untuk pengetahuan lebih dapatkan la buku tu..murah ja...
em... selamat beramal...sama2 kita mencari keredaan Allah ya:-)


Monday, December 20, 2010

TAUBAT<--- t la kn bila da tua da ^_^

Biasa dengarkan orang cakap macam ni ngeeee.... sya sendiri pun kadag2 main ngn ayat ni...tp tu la, bila fikir2 balik betulkah apa yg sya ckp ni...tak takut kah, esok kita tak tau apa akan jd...sempat kah nanti?...

apa2 pn sya berserah pada Mu ya Allah... sesungguhnya sya hambahMu yang lalai..

Tadi selak2 majalah, so nak kongsi la apa yang sya dpt :

4 CARA BAGI MENGHAPUSKAN DOSA

1st. Taubat dengan ikhlas (taubat nasuha). Taubat ini boleh menghapuskan dosa bagaikan air jernih yang dapat menghilangkan kotoran.

2nd. Mengerjakan amalan2 yang baik. Dengan mengerjakan amalan dan pekerjaan yang baik itu akan menghapuskan kejahatan.

3rd. Memperbanyakkan sedekah. Dengan bersedekah dapat menghapuskan dosa, bagaikan air yang dapat memadamkan api.

4rd. Ditimpa dengan beberapa musibah (bencana dan cubaan).Bala bencana (musibah) dan percubaan ini dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan daun kering yang akan reput dan hancur.


P/S : Sama2 lah kita cuba memperbaiki kelemahan diri. Kukuhkan tiang agama agar jiwa kita sentiasa mendapat reda ILLAHI. Saling ingat memperingati sesama insan untuk kebaikkan bersama selaku umat islam.


jangan layu sebelum tiba waktunya!

Friday, December 17, 2010

Sapa "RABIATUL ADWIYAH"???

Ptg td sya tgk TV... mula2 tu layan kartun la, pas tu info2 chnl lain... sya tertarik ngn 1 drama ni..tajuk nya "aku bukan Rabiatul"...

so, sya pn layan la, mula2 sekadar suka suki ja...tp lama2 tertarik pula ngn skrip seorg pelacur yg menyatakan "aku pn bukan Rabiatul"... Nak tau jg kn istimewa sgt ka Rabiatul tu... click pumya click sya dpt la info pasal RABIATUL ADAWIYAH..

Meh, sya kongsi cikit2 apa yg sya da baca ; 

Rabiatul Adawiyah merupakan sorg srikandi islam, seorg ahli falsafah, seorg yg warak, cerdik kerana tidak pernah kehabisan hujah, lahir daripada keluarga yg miskin tetapi mempunyai peganggan agama.

Apa yg menarik perhatian sya pd Srikandi Allah ni ialah ; kesungguhannya mencari reda Allah, lidahnya sentiasa basah dgn zikirullah, sorg yg tabah dan sentiasa takut untuk melupakan Allah walau sedetik pn.. tau apa beliau kata jika dia terlupa akan Allah "beliau takut Allah akan berkata 'jauhkan dia dari Ku kerana dia tidak layak berada di majlis Ku'".


masi ada waktu lg utk kta.

Nak tau tak apa yg menyebabkan Rabiatul insaf seperti itu...

Selepas kematian ayah Rabiatul, beliau menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan... disebabkan suaranya yg merdu Rabiatul dibawa oleh seorg lelaki menghadap Raja... Di sana beliau bertugas sebagai penyanyi dan menuang arak utk raja... setelah sekian lama berkhidmat, timbul kesedaran, Rabiatul tidak mahu bkrja sprt itu lg.... maka bermula la kisah seorg srikandi yg warak dan sabar dgn setiap dugaan yg dihadapi...


huhh!...klu sya, hari ni takut, esok buat lg, esk takut lusa ulang lagi.. em... lemahnya iman..

P/S ; sesumgguhmya taubat seperti ini lah yg lebih bernilai di sisi Allah... tp kta?????...
YA ALLAH BERIKAN LAH AKU PEDOMAN MU... amin...


hiasan semata2 ^_^

Wednesday, December 15, 2010

Nak kongsi jg ;-)

Muslimah ; bil.226 ; Dis 2010

mcm ni la covernya...


Lama ta update blog ni..em... bz exam ba..
skrg ada msa da...tp sya bukan nak kongsi pic cover tu... tak sya nafikn cantik model tu kn hehehe

ok...truely  sya terbaca 1 artikel kat majalah ni yg sya rasa semua org msti tau...
bunyinya mcm ni..:

7 KALIMAH YANG KTA PERLU UCAP DAN HAFAL <-------- peringatan buat diriku

1. Bismillahirrahmanirrahim -----> setiap kali hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah -----> setiap kali selesai melakukan sesuatu.
3. Astaghfirrullahhal Azim -----> ketika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insya-Allah -----> jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquwataillahbillah -----> bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah -----> jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laa Ilaahaillallah -----> sepanjang siang dan malam sebanyak2nya.

P/S : Simple ja kan ayat2 tu..kta pn biasa guna da...so, jom kta amalkan selalu, semoga kta tergolong dikalangan org yg terpilih oleh Allah SWT.


Saturday, October 9, 2010

Warkah untukku

Kehadapan insan yang sering mengaggungkan keduniaan,

 Bangun la dari mimpimu... Pandang ke sana, banyak keajaiban... LIHAT, SENTUH dan RASA... Pohonlah keredaan daripadaNYA....





Wahai Insan ,

  Sesungguhnya engkau telah dicipta dengan sebaik2 kejadian... Memiliki akal yang tiada tandingannya.. Memiliki semua yang engkau perlu.... Tapi... mengapa mesti leka?... Tadahlah tangan, mohon kepadanya :



                                                    
                                                                                                 Teristimewa buatmu :

                                                                                                                                     WEEN


P/S : Aku cuma insan biasa yang sentiasa memerlukan bimbangan... aku tidak la sehebat kamu... namun aku tahu setiap orang ADA KELEBIHAN dan KELEMAHAN..