Tatkala pandangan mata bertemu, tiada kata-kata yang terluah. Itulah yang dirasai oleh Qamarrul dan Qasih. Pertemuan tanpa dipinta, dipersisiran pantai diikuti dengan pertikaman lidah yang romentik (hehehe).
"wei Munir, Hang ni kan jalan tak ajak saya pun. Apa punya cousin la ni" leter Qamarrul sebaik sahaja terlihat kelibat Munir.
Munir hanya membuat muka cute seakan-akan tidak bersalah.
Tiba-tiba....
"Munir, sampai hati tinggalkan Qasih kat belakang yerr..." adu Qasih dengan muka kasihan.
"La, siapa suruh berkhayal lagi jumpa Putera katak kan..hehehe" sambil ketawa Munir menjawab.
"Hai?" suara sumbang @ ala-ala pejuang akhir zaman kedengaran.
"Ehemx3" Munir menyampuk.
"Apa?" sahut Qamarrul.
"Sejak bila Hang jadi gentelman melampau ni hahaha" usik Munir apabila mendengar Qamarrul mula memberi respon sebaik sahaja melihat Qasih.
Qasih yang sejak tadi berdiam diri tiba-tiba teringat sesuatu....
"Ya Allah, awak yang ejek saya kan, masa saya tengah kutip kulit kerang tu. E...." laju kata-kata itu keluar dari mulut Qasih.
"Ala, saya pelik tengok awak je, ada kah patut bercakap dengan kulit kerang hihihi" pantas Qamarrul menjawab.
Munir hanya menjadi pendengar dan sekaligus merangkap pemerhati yang setia. Bingung dengan situasi yang terjadi kini.
"Habis yang awak kata saya tinggal dalam mangkuk kaca tu apa kes?. Tau tak, mak bapak saya tak adalah daif sangat. Kami tinggal dalam rumah banglo 13 tingkat tau" dengan muka memerah Qasih membalas geram.
"Wei, Qasih sejak bila rumah kamu yang 2 tingkat tu dah naik taraf kepada 13 tingkat" dengan muka binggung Munir menyampuk.
"Hahahaha" hanya itu yang terluah dari mulut Qamarrul.
Dalam hati hanya Tuhan yang tau. Comelnya Awak ni..^^
"aaaaarrrrrr.... Munir memang la tak perasan, bab rumah kami tu hanya kami yang tau" hampir tersembur ketawa Qasih dengan jawapan yang diberinya.
"ai3x, kenapa bising2 ni?. macam ada perang pula dalam rumah Mak Uda ni" tiba-tiba suara Mak Uda kedengaran.
"Mak Uda, jom tinggalkan ja la air tu kat meja, biar Qamarrul hidangkan untuk Qasih. Munir nak kata sesuatu ni" Munir tersenyum dengan kebijaksanaan nya mengenakan Qamarrul dan Qasih.
Mak Uda seakan memahami perancangan Munir hanya mengikut sahaja (Macam lagu tema DiGi, i follow u :-p)
sunyi sepi menyelubungi ruang tamu Mak Uda selepas Qamarrul dan Qasih ditinggal kan oleh Munir.
Disebalik pintu dapur terdapat 2 pasang mata yang asyik memerhati dari jauh sambil tersenyum mengharap.
No comments:
Post a Comment