Sunday, December 4, 2011

C Kulit Kerang part-3

"Hai Rul dari tadi Mak Udah tengok Rul senyum sendiri je ni" Suara keibuan Mak Udah memecah sunyi di rumah serbah moden tp masih mengekalkan elemen tradisional itu.

"Cantik" balas Qamarrul Hafiz ta dipinta.

"Aik, Rul sedar tak apa yang Mak Udah tanya ni. Macam tak faham soalan pula jawapan Rul tu" Sambung Mak Udah dengan kerut seribu.

"Suara dia, cara dia berpakaian, cara dia berjalan, jari-jemari yang comel, senyuman yang menawan, pandangan mata yang menggoda, pendek kata semua ada kat dia.. Mak Udah.. i falling in Love" tanpa dpinta Qamarrul Hafiz menyuarakan rasa hatinya.

"Astagfirullah.. tersampuk apa dah kamu ni Rul. Jap Mak Udah call tabib" sambil tersenyum Mak Udah membalas kata-kata Qamarrul yang dianggapnya tersampuk angin laut atau lebih tepat lagi angau.

Qamarrul hanya tersenyum sendiri mendengar komen Mak Udah tanpa mahu membetulkan kekusutan yang tercipta tanpa di pinta.

"tut..tut..tut.." 1 new massage
Secepat cahaya Qamarrul menekan butang "View" :-p

"Ala.. free MMS dari Maxis" monolog Qamarrul dalam hati.


"Assalammualaikum, Mak Udah" kedengaran suara sayup2 menyapa telinga Qamarrul yang tengah leka melayan perasaannya.

"Mak udah..o...Mak Uda!" panggil suara itu lagi
"Kamu ni Rul  kalau iya pun tengah berjiwang sambut juga la salam orang tu" Tegur Mak Udah kegeraman memandangkan dia terpaksa berlari dari dapur untuk menyambut kedatangan tetamu tersebut.

"Maaf Mak Udah, Rul tengah kalut ni" balas Qamarrul dengan senyuman serba salah.

"Ya la" pendek saja jawapan Mak Udah" lalu terus menuju ke muka pintu.

"Alahai, jemput masuk. anak-anak Mak Udah datang ya" sambil terlihat sinar kegembiraan di wajah Mak Udah. Maklum saja la ibu tunggal, nak diharapkan anaknya seorang tu susah sangat nak balik, "PILOT' kan.