" Sayang, memang betul kata kawan Dia tu tapi ibu nak Dia tau, kita kena letak impian kita setinggi bulan supaya kalau jatuh pun kta terdampar di dasar bintang tak pun ada awan lagi yang boleh menyambut" lembut jawapan Datin Sharifah kepada Mardia.
"Ibu, napa Dia mesti sakit? napa orang yang jahat-jahat tu sihat?" pertanyaan Mardia disambut dengan linangan air mata Datin Sharifah, namun cuba ditahannya.
"Ibu, napa diam?" sambil tangan Mardia meraba-raba raut wajah ibu tercintanya.
"Tau tak ibu, suatu hari nanti Dia nak tengok wajah ibu dan ayah. walau apa pun yang terjadi Dia janji Dia akan jaga ibu dengan ayah sebaik-baiknya" tulus kata-kata itu meluncur laju dari bibir comel gadis 9 tahun.
"Mardia, tidur la ya sayang, lewat da ni jam 11 mlm da" bisik Datin Sharifah, tidak betah dia untuk terus mendengar luahan hati gadis comell tersebut.
Hati ibu mana yang tak pedih melihat anak kecik yang baru berusia 9 tahun ditimba musibah. Jika kita ditempatnya belum pasti kita akan menjadi setabah Mardia.
colour blindness child |
"Abang.... abang..... abang" semakin kuat suara Sharifah apabila panggilannya terhadap suaminya tiada respon.
"Abang..!" sekali lagi sharifah melaung perkataan itu.
"ya, napa dengan Ifa ni" Saiful berang dengan tingkahlaku isterinya itu.
"dah la kereta buat hal, Ifa lagi nak tambah masalah" bebel Saiful lagi.
"Abang dengar tak apa yang Ifa dengar ni" soal Sharifah lagi.
suasana malam tepat jam 12, sunyi sepi tanpa ada sebarang kenderaan yang lalu. kiri kanan laluan merupakan belukar, semak samun dan terdapat gaung yang hanya diterangi cahaya lampu kereta milik Saiful dan cahaya bulan milik yang Maha Pencipta.
"tolong, tolong, tolong, tolong saya......" mendayu-dayu suara itu sampai ke cuping telinga Sharifah lagi. Namun kali ini Saiful juga turut mendengarnya.
Mereka berpandangan mata.
"Ifa masuk kereta cepat" arah Saiful sebelum mengunci kereta Honda CRV nya itu dari dalam.
Tiba-tiba...........
"tuk, tuk, tuk, tuk, tuk...." bunyi cermin belakang kereta di ketuk.
"Abang.." serak suara Ifa kerana ketakutan
Saiful cuba memberanikan diri untuk pandang cermin kereta belakangnya itu..
"Astagfirullallahalazim"... tiba-tiba Saiful beristigfar berulang kali.
Sahrifah yang tidak tentu arah, membaca pelbagai surah yang entah betul atau tidak.
"Ifa, mari teman abang. Abang rasa perempuan tu manusia" tiba-tiba suara Saiful memecah sunyi.
Sharifah menjadi seram sejuk. Namun dek kerana takut di tinggalkan sendirian dia memberanikan diri..
No comments:
Post a Comment