"Tolong, tolong sya cik " dengan tangan mengeletar wanita itu menyerahkan bayi yang berbalut kain sarung lesu.
Saiful dengan gentelmannya menerima bayi tersebut tanpa ada keraguan.
"Ifa, tengok bayi ni" Saiful ingin menyerahkan bayi tersebut kepada Sharifah namun Sharifah kelihatan semakin menjauh.
"A....a....Abang, betul ke ni?" terpacul perkataan itu dari mulut Sharifah.
"Ya la.. bayi manusia ni kan Puan?" Saiful menujuhkan pertanyaan tersebut kepada wanita tadi tapi.........
"Abang, buang bayi tu" jerit Sharifah
Saiful dalam delima
"Tapi, cuba Ifa ke mari. Bayi ni bayi manusia. Abang yakin" jawab Saiful.
Sharifah bergegas ke arah Saiful lalu menolak bayi yang berada dalam dukungan Saiful namun tiba-tiba...
"uwek, uwek, uwek, uwek"
"Kesian bayi ni sayang" ucap Saiful yang memang mendambakan bayi sejak 4 tahun mereka di ijabkabul.
Sharifah menangis kerana ketakutan sambil tangannya di gengam erat oleh saiful seakan-akan memberi semangat dan menyatakan kebenaran.
"umphhhhhh" Sharifah mengeluh
"Mari balik" Sharifah membuat keputusan.
"Tapi kereta?" jawab Saiful pula.
"Cuba la hidupkan enjin tu" Arah sharifah
"Bayi ni?" soal Saiful lagi.
"Sini" ringkas jawapan Sharifah namun berjaya memberi senyuman kepada Saiful.
"Brumm, Brrrum...."
"Alhamdullilah" ucap Saiful.
Tepat jam 4 pagi mereka sampai di perkarangan banglo 2 tingkat disambut oleh Mak Jah pembantu rumah tersebut sejak 4 tahun lalu.
"Ifa, Saiful.. apa ni?" berkerut dahi Mak Jah setelah Ifa menyerahkan bayi tersebut kepada Mak Jah.
"Anak siapa ni?" Tanya Mak Jah lagi.
"Mak Jah tolong jaga bayi tersebut ya, esok kami akan hantar bayi tersebut ke rumah kebajikan" Saiful bersuara kerana kasian melihat Mak Jah yang tertanya-tanya.
"Baby...baby....baby...cak" kedengaran suara Mak Jah melayan bayi di selang-selikan dengan tawa bayi tesebut.
Terasa lain suasana banglo tersebut.
Ceria, tenang, damai, bahagia......
"Hello baby comel, mancungnya hidung" kedengaran pula suara Saiful.
"Saiful, nak pergi jam berapa ni?. Baby Mak Jah da solek cantik-cantik ni" sambil ketawa Mak Jah bertutur.
"Saya tunggu Ifa lagi Mak Jah" jawab Saiful.
"Abang, mari la" sepontan Sharifah berkata setelah menyedari bahawa dirinya ditunggu.
"Mak Jah, kami pergi dulu ya" Kata Sharifah
"Assalammualaikum" sambung Saiful lagi.
No comments:
Post a Comment