Thursday, April 28, 2011

PANCAINDRA - keindahan yang sementara

"Mardia, come to mama" sambil mengekek ketawa Mardia berlari anak ke arah mak Tum..

"Mak Tum, jgn manjakan sgt budak tu.Nanti besar kepala" marah Sharifah apabila tegurannya kepada Mardia tidak berkesan akibat pujukan Mak Tum.

"Ala...Kecik lagi budak ni, kta nak marah2 pn bukannya dia faham..Kan Mardia" sambil mengacah Mardia Mak Tum menjawab soalan Sharifah.

"Mak Tum, lagi dulu makan garam" tambah Mak Tum lagi.

"Mak Tum, garam tu tak masin kah makan banyak2 hehehehe" ketawa saiful pecah setelah mengenakan Mak Tum.

"Kamu ni Saiful dari dlu sampai skrg ta pandai berubah, tak sah klu tak kenakan Mak Tum" rajuk Mak Tum.

"Bila abg sampai ni? ta dengar pun bunyi kereta masuk tadi" Sharifah bertanya kepada suaminya pula.

"Macam mana nak dengar klu muka tu masam memanjang.. kesian Mardia ayah kan" sambil mengangkat tangan memanggil Mardia.

Begitu lah telatah keluarga ni selepas kelahiran Mardia. Penyeri hidup pasangan yang dahulunya sentiasa kemurungan. Saling menyalahkan dri akibat ujian Allah. Namun dengan kekuasaannya semua itu berakhir setelah bertahun-tahun lamanya.


cantik pada pandangan mata kasar tapi hakikatnya.....
 "Mardia...Mardia....Mardia.... bangun sayang" berkali2 Mak Tum cuba mengejutkan Mardia. Waktu itu umurnya baru mencecah 1 tahun.

"Ya Allah, musibah apakah ini... Sesungguhnya aku hambahMu yang lemah... Permudahkan aku untuk melaluinya... Ya Zaljallal hi walikhram" sayu butir2 doa itu terlahir dari sepasang bibir milik sharifah.

"Abang..............!" hanya itu yang terluah dari mulut Sharifah apabila terpandang Saiful tepat di muka pintu wad kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment