"alamak ko pecah.." mengekek Mardia ketawa mendengar jeritan ibunya yg terkejut.
Musnah hayalan Sharifah...Merah mukanya tapi akalnya masi waras..
"Dia, nakal ye..suka buat mcm tu kat ibu...nanti ibu msk hsptl" tegur Sharifah kepada tingkah anaknya itu.
Mardia meraba-raba sekeliling mereka... ada kerusi makan, ada dinding yang mempunyai line kasar... " o..skrg Mardia berada di ruang makan"...Mardia bermonolog dlm hati dan dengan cekap dia mengapai ibunya lalu memeluk erat..
"Ibu marah Dia?..Dia suka dengar ibu marah2..Dia rasa sgt2 disygi.." luah Mardia.
Terdiam Sharifah mendengar kata2 Mardia.
"Ibu, tadi kat kelas Cikgu bagi ini ngn Dia..Ibu buka la" Mardia memberi sebuah bungkusan hadiah yang sgt cantik berwarna merah hati kepada Sharifah.
"Apa ya, isinya ibu" Mardia begitu bersungguh2 ingin mengetahuinya.
"o...ni hadiah. Mardia dapat no 2 ya dlm kelas..syukur alhamdulillah" sebak dada Sharifah melihat kegigihan anaknya yang berhasil.
"Dalam hadiah ni, ada alat tulis dengan sebuah buku cerita bertajuk Taubah" sambung Sharifah lagi..
"ala...napa pula cikgu Dia bg hadiah mcm tu, bukan Dia dapat baca jg pn".. rajuk Mardia
Mardia bukan bersekolah di sekolah khas, memandangkan tahap mentalnya yang baik dan boleh dikata pelajar yang pintar. Mardia berkeupayaan seperti org normal kerana daya ingatan yang sangat kuat.. sekali saja diterangkan dia pasti dapat mengingatinya. Begitulah kekuasaan Allah S.W.T
Di Sekolah Mardia belajar seperti pelajar2 normal lain cuma dia menggunakan buku khas dan lebih tertumpuh kepada deria pendengaran.
"Em..tak pa la, nanti ibu bacakan untuk Mardia ya..." pantas Sharifah menjawab
"Assalammualaikum, sayang2 ayah" tiba2 Saiful mencelah.
"Ayah2 tadi Dia dapat hadiah, ada kat ibu tu, tapi cikgu Dia bagi hadiah buku cerita pula. Bukan Dia dapat baca juga pun" adu Mardia pantas sebaik sahaja mendengar suara Saiful.
"Ya kah?.. wah anak ayah sangat pandai. Tak pa.. ibu dengan ayah kan ada.. anak ayah jangan risau" lembut Saiful menenangkan Mardia.
" Ni yang buat Mardia syg sgt2 kat ibu, kat ayah hehehe" sambil ketawa Mardia menghalakan tangannya kepada Saiful pula.
"Tapi lain kali klu org bagi salam, jawab la dulu" tegur Saiful..
"opssss, maaf ayah, Dia jawab dalam hati ja tadi tu" sambil tersenyum Mardia menjawab.
Air mata Sharifah tak tertahan lagi, mengalir laju ibarat empangan pecah melihat telatah Mardia..
Saiful memerhati dengan sayu " Ya Allah, Engkau lebih mengetahu maksud disebalik semua ini. Amin" doa ikhlas dari hati Saiful.
Senyuman dan ketawa Mardia ubat ketabahan bagi Saiful dan Sharifah. Mardia anak kecil yang petah berkata2, luhur hatinya dan sangat aktif...Tapi apa salah Mardia sehingga mendapat ujian yang sebegitu rupa... Akibat demam tinggi secara mengejut semuanya berubah...
p/s : blh komen k... blh suggest jg nak ending mcm mna... yang pasti semua ni rekaan semata2..^^
No comments:
Post a Comment