Saturday, January 22, 2011

CINTA AYU - Asrama part 2

"Hello my sweet heart, apa kabar?..bila masuk asrama ni?" terdengar garau suara seorang lelaki yang amat dikenali oleh Ayu memlalui handphonenya. " Esok Ayu masuk asrama da, abang bila balik?.. mama tak sayang Ayu lagi kan abang bab tu sampai tak bagi Ayu tinggal di rumah ni lagi" luah Ayu lirih memandangkan dia terpaksa meninggalkan rumahnya. " tak la sweety, mama sayang kita tu bab tu mama bagi kita tinggal di asrama. lagipun kalau di rumah saja Ayu tak kan pandai berdikari tau". jawab Alif jujur kepada adik kesayanganya itu. " Tapi kalau kat asrama Ayu tak boleh jumpa mama selalu lagi, Ayu tak boleh kalau tak dengar mama membebel satu hari abang, nanti Ayu kepunan" selamba Ayu membalas kata-kata abangnya." hahaha kamu bukan budak-budak lagi lah Ayu, pecaya cakap abang, bila Ayu dah tinggal asrama nanti confirm Ayu akan jadi seorang yang lebih berdikari dan tabah macam abg". begitu mengena dihati Alif mendengar kata-kata Ayu yang dianggapnya sangat lucu. " oh! ya abang balik tahun depan bulan julai. lama lagi tapi Ayu jangan bising-bising tau. kalau mama tau abang sedekahkan mulut Ayu kepada orang-orang OKU hehehe" sambil ketawa Alif memberi amaran kepada Ayu." ya la, Ayu tak bising tapi dengan syarat satu ekor beruang koala"Ayu meletakkan syarat untuk menyimpan rahsia abangnya. " ok.. nanti abang tangkap special untuk adik sayang abang ni" Alif menjawab dengan bersahaja syarat adiknya itu. Baginya mana mungkin dia boleh membawa pulang seekor beruang koala, mahunya kena masuk penjara nanti. " e.. k lah abang off call dulu ya, mahal bil ni. Assalammualaikum sweety, kirim salam rindu buat permaisuri agung ya" kata Alif sebelum mengakhiri perbualannya dengan Ayu.

Ayu dan Alif memang gemar memanggil mamanya sebagai permaisuri agung memandangkan mereka begitu menyanjunginya . Ayu merupakan seorang gadis polos yang sangat manis apabila senyum. Dia tidak la secantik Dato' Siti Nurhaliza atau sebijak Amalina tetapi seorang yang sangat penyayang terhadap haiwan.
Pernah suatu ketika, " abang tolong semut tu, kesian mama bagi racun.. banyak dah mati" aduh Ayu kepada Alif yang ketika itu sedang sibuk mengulangkaji." Adik ni kan, Abang nak ketawa pun tak boleh takut adik nangis. memang lah mama bagi racun nanti semut tu p gigit adik kan sakit tu" serius Alif menerangkan kepada Ayu yang ketika itu berusia 12 tahun, takut juga dia nak ketawa nanti tak pasal-pasal kena cubitan maut dari mamanya.


Keesokkan harinya ;
" Ayu dah siap kah?. cepat lah angkat barang-barang Ayu semua masuk kereta, jangan sampai ada yang tinggal ya sayang" jerit Hajah Misah dari arah dapur. Walaupun berat hatinya untuk melepaskan Ayu, namun untuk mendidiknya Hajah Misah terpaksa memandangkan Ayu terlalu manja. " ya, mama.. siap da, Ayu dah masukkan semua beg-beg kat dalam bonet kereta mama". jawab Ayu ringkas, kelihatan mendung menyelubungi wajah si gadis polos ini.

Selesai proses pendaftaran, Hajah Misah membantu Ayu mengemas biliknya yang akan dikongsikan dengan lima orang sahabat lain yang ketika itu belum sampai atau mungkin masih mengurus proses pendaftaran. " Ayu ingat pesan mama jangan lupa solat, mama dan arwah ayah mengharap doa Ayu dan Alif sahaja tau" Hajah Misah mengulang kembali kata-kata nasihatnya." ya mama, Ayu ingat pesan mama". dengan suara yang serak menahan tangis Ayu membalas kata-kata mamanya itu. " mama balik dulu ya sayang, kalau ada apa-apa telefon ya" sambil memeluk puterinya itu Hajah Misah memberi pesan yang terakhir sebelum meninggalkan Ayu di asrama kesorangan.

No comments:

Post a Comment