"Ala... ifa napa tak kejutkan Ayu tadi.... ala tunggu la, kita sama-sama jalan ye" Ayu sedaya upaya memujuk ifa untuk menunggunya. " e...tinggal 5 minit ja lagi ni, sya pergi dulu ye Ayu. Kita jumpa kat dewan nanti.. assalammualaikum" Ifa segera berlari anak keluar dari drom mereka.
" Sya tengok jam terbalik kah ni Hafiz" soal Haikal dengan mata terbeliak memandang Ayu.
" Maaf pengerusi, tadi sya terlajak tidur" jawab Ayu.
" Em... ok. sya terima alasan kamu tapi ada syarat"... sambil tersenyum kambing Haikal membalas.
"Syarat"...tanya Ayu .
" Ya la.. syaratnya, kamu pergi naik atas pentas tu menari atau pun, pergi kat meja tu, kat sana kamu akan jumpa chopstik dengan botol mineral untuk letak lalat yang kamu berjaya tangkap". dengan memberi arahan ala-ala zaman pemerintahan kuku besi, Haikal berkata.
Wajah Ayu yang keputihan itu berubah menjadi merah.
"so?" soalan yang membuatkan Ayu ternganga untuk memberi keputusan kepada Haikal.
Ayu berfikir dalam hati " kalau Ayu menari mesti malu, atas pentas lagi. Tapi kalau Ayu tangkap lalat guna chopstik sampai bila mo dapat...isshhhh..." Ayu terus berfikir
" eh...jangan lengahkan masa" jerit Haikal tiba-tiba.
"a....e....sya pilih tangkap lalat la" Ayu menjawab tergagap-gagap.
Riuh satu dewan, bersorak kesukaan dengan pilihan Ayu itu.
Ayu menjadi malu sendiri " tak pa.. ada intan, ada zulian..t time ko baru padan" bersahaja Ayu melepaskan kata-kata itu.
"Apa kamu cakap" tiba-tiba Haikal menyampuk.
" Ta da pun sya berkata-kata" Ayu cuba meng"cover" dirinya
Dengan sepenuh tenaga Ayu mencuba dan terus mencuba menangkap lalat-lalat tersebut..." e..napa tak pandai dapat ni" luah Ayu.
" Hai cewek penangkap lalat chopstik" kedengaran suara-suara cemburu berkata-kata sambil ketawa besar.
" Diam lah, sebab kamu la lalat ni lari tau" selamba Ayu menjawab.
" hahaha" tiba-tiba kedengaran suara orang ketawa. " dapat dah kah? masa rehat dah ni" Hafiz yang tidak tahu dari mana munculnya tiba-tiba bertanya.
" Tak dapat lagi lah senior" Ayu menjawab dengan muka yang merah dan kepenatan
" Memang lah tak dapat, cuba kamu ketuk dulu lalat tu guna botol mineral pas tu baru masukkan guna chopstik, kan habis citer" selamba Hafiz memberi jalan penyelesaian.
" o... ya kan, terima kasih senior" Ayu menjawab kegembiraan kerana telah mendapat idea.
" 1, 2, 3, 4, 5... cukup la ni bagi hadiah kat Mamat Tungkal" Ayu membuat keputusan setelah berjaya menangkap dan membunuh 5 ekor lalat dalam masa 4 jam. " rekod dunia hehehe" Ayu berkata dalam hati
No comments:
Post a Comment