" Sila tandatangan dekat kertas pendaftaran, nanti senang kami nak kenal pasti siapa junior yang noty" kedengaran amaran keras dari seorang senior yang bertag nama Ummu..
" Ummu, lets me lak take part ko pergi la rehat ya. Cian aku tengok ko berpeluh dah" lembut Hafiz berkata kepada Ummu.
" Alright, jalankan tugas dengan amanah tau" pesan Ummu kepada Hafiz sambil menjeling kearah Hasyim.
" Next junior, siapa nama?" sahut Hasyim.
" Intan Asyiqah" syiqah yang kepelikkan menjawab juga soalan Hasyim, padahal dia cuma perlu tandatangan dan mengambil fail orentasi.
" Next pula" sambung Hasyim lagi.
"Nurainah" tanpa disoal Aina menyebut namanya.
"Kamu ni, tak dah pun sya tanya nama kamu" jawab Hasyim kerana terkejut apabila Aina memperkenalkan dirinya.
"Saja untuk info tambahan" sepontan Aina menjawab persoalan Hasyim dan meninggalkan kaunter pendaftaran.
"Next junior pula, jangan tunjuk lagak dengan senior ya, ni amaran" kata Hasyim tegas apabila mendapat respon sedemikan daripada Aina tadi.
Ayu hanya menunduk muka lalu terus menandatangan dan mendapatkan fail daripada Hafiz.
Hafiz cuba memandang wajah tersebut tetapi tersembunyi oleh tudungnya yang terlalu kedepan.
" Boleh sya dapatkan fail tu" tanya Ayu kepada Hafiz.
" o...em....a...a...a...ambil la sendiri" tergagap-gagap Hafiz menjawab pertanyaan Ayu.
Ayu lantas mengambil fail tersebut dan menuju ke arah Syiqah, dan Aina. manakalah temannya yang lain tidak dapat dikesan kemana mereka.
" Ayu, ko ni bangsa apa ya sebenarnya?" pertanyaan Aina membuatkan Ayu terkejut
sambil tersenyum Ayu menjawab " sya ni bangsa parti-parti bersekutu hehehe"
Syiqah yang memerhati tergelak besar mendengar jawapan Ayu.
Aina membulatkan matanya kerana tidak menyangka Ayu seorang yang nakal juga.
Maklumlah kalau sekali imbas Ayu kelihatan seperti seorang yang pendiam.
" ko, syiqah mesti bangsa berunei kan" Aina beralih kepada Syiqah pula.
"yup, my mumy and my dad bangsa berunei tapi menetapkan sni lama da" jawab Syiqah
" ko, Ainah?" tanya Syiqah pula
"Sya sama macam Ayu, papa bangsa pakistan ibu bangsa melayu" jawab Ainah
" Assalammualaikum, selesai dah kah?, mari kta p duduk kat kursi tu. jap lagi ada taklimat tau" tiba-tiba kedengaran suara Mar.
"Waalaikumsalam, e..Mar, ya la mari kta duduk kat sana" jawab Ayu ringkas tidak mahu memanjangkan sesi interview dibawah kelolahan Aina itu tadi.
Di satu sudut kelihatan Ekin dan Ifa melambai-lambai tangan kearah mereka.
" Baik lah, sebelum sya menerangkan dengan lebih lanjut perihal aktiviti orentasi kita ni, sya ingin memperkenalkan diri. Untuk pengetahuan semua nama sya Ahmad Haikal selaku ketua pelajar dan juga merangkap pengerusi bagi aktiviti orentasi bagi sesi januari 2011. Disini sya ingin menegaskan sesiapa yang lambat atau melakukan sebarang permasalahan bersiap sedia la ye"sinis kata-kata Haikal itu membuatkan satu dewan menjadi riuh.
"ok, diam kita akan meneruskan aktiviti pada esok hari, sesiapa yang lambat jangan mengeluh pula nanti, akhir kata syukran jazilan kerana meminjamkan telinga dan mata anda untuk sya, yang baik itu datangnya dari Allah dan ada pun yang buruk itu adalah dari diri sya"begitu la Haikal menutup taklimatnya yang panjang lebar.
Ayu semakin seram dengan keadaan baru yang dialaminya itu, maklumlah sebelum ini Ayu cuma bersekolah di sekolah perempuan sahaja.
"isss...ngada-ngada lah mamat tungkal tu" luah Aina kegeraman.
Ayu, Mar, Syiqah, Ekin dan Ifa kehairanan mendengar Aina menyebut nama tersebut.
" Aina, ko maksudkan sapa tu" Mar bertanya denga nada kekeliruan.
" ala sapa lagi mamat tu sama dengan Ahmad, tungkal tu sama dengan Haikal" jawab Aina ringkas, membuatkan sahabat-sahabatnya ketawa kelucuan.
" ya kan Aina, sesuai pula" sahut Ifa lagi.
Ayu cuma tersenyum melihat gelagat temannya itu.
" jom balik asrama" ajak Ekin yang bersuara tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment