"kenapa Ayu?..lain benar Mak Tum tgk wajah kamu ni". sambung Mak Tum lagi " Mak Tum, minggu depan Ayu masuk asrama dah, mak Tum tolonglah Ayu bagitau kat mama, Ayu tak mau tinggal sana.please." Ayu berkata dengan muka meminta simpati.. " Em... kmu ni, pergi ja la Ayu, mama kamu tu mahu yang terbaik untuk kamu.Mak Tum tak dapat tolong Ayu lagi. Mak Tum sayang Ayu, mak Tum yakin Ayu boleh. Ayu kan nak kawin anak raja, jadi kena lah belajar sampai pandai. Umur pun dah 16 tahun tu. P lah ya sayang". Begitu diplomatik Mak Tum memujuk Ayu untuk masuk sekolah agama berasrama.
Mak Tum merupakan ibu angkat Ayu yang merupakan jiran tetangganya juga. Maklumlah Ayu ni anak yatim, ayahnya meninggal dunia sejak dia berusia 8tahun lagi. Bermula dari episod itu Ayu tinggal bersama mamanya yang tercinta dan juga seorang abang yang belajar jauh nun di overseas, ambil bidang kedoktoran katanya.
Selesai sesi pujuk memujuk dengan mak Tum, Ayu mengalah lalu terus pulang ke rumah. " ma Ayu sayang mama, Ayu tak sampai hati tinggalkan mama seorang-seorang nanti. Tak pa la, nanti abang Alif balik baru Ayu belajar jauh-jauh ya. Ayu risau, mama kan tak sihat sekarang ni."pujuk Ayu kepada mamanya pula. " e...budak ni, nasib mama kamu ni tada sakit jantung tau, main peluk-peluk terus tak dah bagi salam pun. Ni nak minta mama sedekahkan mulut tu kat orang-orang bisu tu kah?. Dorang tu kesian tak boleh bercakap tapi Ayu ni boleh bercakap tapi tak nak guna kemudahan tu sebaiknya". Hajah Misah yang sedang sibuk memasak makan malam membebel akibat terkejut dengan tingkahlaku puterinya yang seorang ini.
" E.. mama ni, Ayu tak sengaja, Ayu minta maaf ya tuan permaisuri agung" sambil ketawa Ayu memujuk mamanya.." Mama, boleh tak?".tambah Ayu lagi.
"Ayu masuk la sekolah tu, abang Alif kan ada setahun ja lagi belajar kat sana. Ayu tak payah risau mama. Mama lebih dulu makan garam".mama mematahkan hujah Ayu lagi. "Mama ni, kalau rasa garam Ayu pun tau masin. Mama tolong la".
" Ayu sayang mama kan? Ayu kena buktikan pada mama Ayu mampu jadi macam abang Alif. nanti bila Allah dah panggil mama, mama tak risau lagi pasal anak-anak mama". Ayu terus terdiam mendengar kata-kata insan yang amat disanjungnya itu.
"Esok, ikut mama p kedai ya, kita beli kelengkapan Ayu". Ayu mengangguk lemah.
No comments:
Post a Comment