Sunday, December 4, 2011

C Kulit Kerang part-3

"Hai Rul dari tadi Mak Udah tengok Rul senyum sendiri je ni" Suara keibuan Mak Udah memecah sunyi di rumah serbah moden tp masih mengekalkan elemen tradisional itu.

"Cantik" balas Qamarrul Hafiz ta dipinta.

"Aik, Rul sedar tak apa yang Mak Udah tanya ni. Macam tak faham soalan pula jawapan Rul tu" Sambung Mak Udah dengan kerut seribu.

"Suara dia, cara dia berpakaian, cara dia berjalan, jari-jemari yang comel, senyuman yang menawan, pandangan mata yang menggoda, pendek kata semua ada kat dia.. Mak Udah.. i falling in Love" tanpa dpinta Qamarrul Hafiz menyuarakan rasa hatinya.

"Astagfirullah.. tersampuk apa dah kamu ni Rul. Jap Mak Udah call tabib" sambil tersenyum Mak Udah membalas kata-kata Qamarrul yang dianggapnya tersampuk angin laut atau lebih tepat lagi angau.

Qamarrul hanya tersenyum sendiri mendengar komen Mak Udah tanpa mahu membetulkan kekusutan yang tercipta tanpa di pinta.

"tut..tut..tut.." 1 new massage
Secepat cahaya Qamarrul menekan butang "View" :-p

"Ala.. free MMS dari Maxis" monolog Qamarrul dalam hati.


"Assalammualaikum, Mak Udah" kedengaran suara sayup2 menyapa telinga Qamarrul yang tengah leka melayan perasaannya.

"Mak udah..o...Mak Uda!" panggil suara itu lagi
"Kamu ni Rul  kalau iya pun tengah berjiwang sambut juga la salam orang tu" Tegur Mak Udah kegeraman memandangkan dia terpaksa berlari dari dapur untuk menyambut kedatangan tetamu tersebut.

"Maaf Mak Udah, Rul tengah kalut ni" balas Qamarrul dengan senyuman serba salah.

"Ya la" pendek saja jawapan Mak Udah" lalu terus menuju ke muka pintu.

"Alahai, jemput masuk. anak-anak Mak Udah datang ya" sambil terlihat sinar kegembiraan di wajah Mak Udah. Maklum saja la ibu tunggal, nak diharapkan anaknya seorang tu susah sangat nak balik, "PILOT' kan.

Saturday, November 12, 2011

C Kulit kerang part 2

"o Makcik ko terbang" tiba-tiba terasa seperti ada sentuhan pada bahagia pinggang Qaseh..

"Hahahaha, padan muka.. pandang laut tu mcm ada putra katak tersesat pula aku tengok" perli Munir setelah puas memberi salam tetapi tidak berbalas.

"e.. Munir ni pun.. memang sah-sah pendek umur. Cuba Munir tengok betul-betul kat tengah laut tu, macam ada benda terbang-terbang kan" balas Qaseh dengan muka serius.

"Mana wei, jap2 aku take picture guna hendphone canggih ni" jawab Munir dengan bersungguh-sungguh sambil mengeluarkan hendphone nokianya.

"Tu ha.. Kalau Munir tak nampak memang sah2 la ni hehehehe" balas Qaseh dengan tawa tatkala melihat muka Munir yang berkerut seribu mengikut arah yang ditunjuknya.

"Engkau ni biar betul, Aku ni dah lah mata 4 tapi tak sampai pula tahap rabun pengelihatan keronik" slumber Munir membalas tanpa ada senyum.

Qaseh yang ketika itu separuh mati menahan tawa, automatik berdiri mengarah kebelakang Munir. Konon-kononnya membuat aksi cucuk bintang kearah yang dimaksudkannya.

"E...tolong lah.. aku tak nampak la, mana benda yang terbang-terbang tu, kalau dapat take picture bagus juga ni, boleh jadi tajuk artikel aku untuk bulan ni.. Qaseh mana tu?"... bebal Munir tidak puas hati maklumlah seorang penulis bebas pantang dapat bahan.

tiba-tiba.......

"o...makcik ko terbang-terbang" latah munir

"hahahaha, padan muka" ketawa Qaseh sehingga mukanya bertukar menjadi kemerahan.

"ceh!..kurang asam punya kawan" marah Munir kerana mengetahui bahawa dia telah tertipu..

" hahaha, Munir tau tak macam mana muka Munir tadi, mulut megalahkan Angelina Joli, Mata mengalahkan kajol, kerut kat dahi jangan cakap la, kalau fight dengan Siti Nuhaliza confirm 101% Munir menang..hehehehe" giat Qaseh mengenakan Munir.

" ala... aku balik la macam ni" jawab munir merajuk dengan muka sejibik ala-ala ulat daun malu-malu.




"hehehe.. ok2x.. im really sorry my dear.. bila Munir sampai ni" balas Qaseh menyudahkan usikkannya.

"ala..kiss kat pipi dulu la" dengan muka berseri-seri Munir mengemukakan permintaan.

"ceh, ceh batal wuduk Qaseh nanti" sambil tersenyum melayan kerena rakan karibnya itu.

"hahaha... joking.. aku sampai semalam kat rumah Mak Uda tapi tak selesa la kat rumah bab kali ni aku langkah kaki kanan tau" dengan muka bangga Munir menerangkan.

"aik, apa kes ya antum?" balas Qaseh ala-ala ustajah yang tak menjadi ustaza.

"em...Antum ni memang sah-sah ke laut hari2 ni kan kutip kerang. Busy dengan kedai senikraf antum tu, sampai kehadiaran cowok ganteng kat rumah Mak Udah pun antum tak sedar" panjang lebar Munir menjawab sambil ketawa dengan percampuran bahasa yang digunanya.

" o.. macam tu.. jadi????" sambil bermain mata Qaseh sengaja membalas kata-kata Munir..

Munir seakan-akan memahami maksud pandangan Qaseh itu.

"jom!" sambil ketawa Munir menarik tangan Qaseh kearah rumah Mak Udah.

Saturday, August 13, 2011

C kulit Kerang - part 1

Suatu senja.....................
Deruan ombak memecah sunyi...
Terdampar kulit-kulit kerang yang tidak berpenghuni...

"em...pelik... kulit kerang o kulit kerang sapa pemilik awak, cian awak kan.. terdampar kat sni" sayup-sayup suara itu kedengaran...

C pemerhati hanya tersenyum geli hati..
"Apa la, betul kah tidak budak ni hehehe" monolog dalam hatinya.

"Hey! awak senyum2 apa kes" tegas suara itu menengking ibarat hanya mereka berdua sahaja yang berada kat sana.

"Hey! tolong sikit yer.. saya senyum cuma untuk bersenam mulut, tak pernah dengar ke?" hampir pecah ketawa c pemerhati dengan jawapannya itu namun dikuatkan semangat.

"E... ada ke orang senam mulut mcm tu, kang tak pasal2 kena kata tak betul pula" jawab suara itu lagi.

"Huhuhu, awak ni tinggal dalam mangkuk kaca yer.. juz tgk ja tapi tak dengar apa perkembangan sekarang" tambah si pemerhati lagi...

"Hey! tolong sikit yer...sya ada rumah la" suara itu tak mahu menyerah kalah..

"Apa-apa je la.. chow!" jawab c pemerhati, malas mahu bertengkar.

Setiap langkah c pemerhati ibarat ditemani suara sayup-sayup itu...
"Ayunya dia, bertudung litup, berbaju kurung biru dengan seberkas kulit cengkerang di tangan" .

Saturday, July 30, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN

yeh3x....double like... ta lama lg kta akan menyambut 1 bulan yan penuh dengan berkat.... hopefully kta dapat lalui semua tu dengan sebaik2nya... nantikan malam LAILATUQADAR....






Saturday, July 23, 2011

Cintai DIA

tanpa kta sedari kta telah jauh meninggalkan landasan kebenaran...
memupuk perasaan cinta sesama manusia sebelum akad...
sya akur dengan situasi ini, kerana sya juga tergolong dlm golongan mereka yang lalai...
Ku titip kata2 ustaz sewaktu "SAFARI NABAWI"...
Ustaz menerangkan dengan tangisan tapi mengapa mesej itu seakan2 tidak menyentuh hati ini...
em...mungkin kurang penghayatan...
sehingga lah sampai kepada tayangan video...

"A : JIKA KAMU DIBERI PELUANG UNTUK BERTEMU RASULLULLAH APA YANG AKAN KAMU KATAKAN?....
B : (MENANGIS DAN TERDIAM) AKU AKAN MEMOHON SUPAYA BAGINDA MEMBAWA SAYA PERGI BERSAMANYA JAUH KE ALAM YANG KEKAL"

sya tersentuh di sini, bertapa hebatnya Rasul junjungan kita... sentiasa mengutamakan umatnya dari dirinya... Sehingga terbentuk 1 kerinduan....
Namun, kta tidak pernah merasa kehebatan itu, lalu ia menyebabkan kta leka...
subahanallah...

Kata ustaz ; jadikan Rasullullah sebagai idola... bukan artis atau ikon2 TV... hayati perjuangan Rasul kta... Tidak kah kamu teringin bertemu dengannya...

Sya berfikir dan terus berfikir...sehinggalah sya bertemu jawapan yang hakiki nanti...

Special entry 4 sombody >"

Sya kenal dia masa sya stdy kat GiatMara sementara tunggu panggilan smbg stdy form 6..
Dia ni sorg yang sgt penyanyang dan sangat ambil berat tau...^^
Tak tau, dlm ramai2 sya kwn, sya rapat ngn dia... bnyk benda kami blh citer...
Sampailah 1 part nyilu melanda hidup kami...
Bukan sekali tapi berkali2...
Semuanya pun bab sya ni degil plus keras kepala plus tlbh manja hehehe..
Tapi dia tetap sabar ngn tetap senyum..
Sya tau dia tak mo kami putus kwn...
Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa..
Cinta Duniawi kami cuma sampai setakat itu...
Terlalu banyak memori yang kami simpan jauh di lubuk hati...

Hari tu, sya sgt marah...
sya tak marah dia tapi sya marah diri sya...
KENAPA SYA TAK BOLEH? KENAPA MESTI SYA? KENAPA DORG TAK FAHAM PERASAAN SYA? KENAPA???????????........

Akhirnya, sya dapat 1 jawapan setelah lama diamkan diri dlm seribu penyesalan....

"KADANGKALA ALLAH TURUNKAN HUJAN DAN PETIR, KITA TERCARI2 DIMANA MATAHARI, RUPA2NYA ALLAH TURUNKAN PELANGI SEBAGAI GANTI"

Sekarang kami kawan...Insyaallah akan kekal... Hope klu dia terbaca entry ni dia blh tersenyum...
MR BLUE2 n Miss Kitty... i like^^

Friday, July 22, 2011

Jom kita Amalkan selalu^^

Doa Harian

1. DOA KETIKA HENDAK TIDUR
"Dengan nama Engkau Wahai Tuhan aku hidup dan mati"

2.DOA KETIKA BANGUN TIDUR
"Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadanya kami akan dikumpulkan"

3. DOA UNTUK MENGHILANGKAN RASA MARAH
" Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan terkutuk; Ya Allah ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah akan daku dari syaitan yang terkutuk"

4.DOA APABILA MENDAPAT KHABAR GEMBIRA
"Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam, pujian yang menyamai nikmatNya dan menandingi keutamaanNya"

5. DOA MELIHAT DIRI DI CERMIN
" Segala puji bagi Allah yang telah membaikkan kejadianku,lalu membanguskannya dan memuliakan rupa mukaku lalu mengindahkannya dan menjadikan aku dari golongan orang-orang yang menyerah diri kepadaNYA."


P/S : Maaf lah yeh sya tak de perisian yang boleh taip jawi tu, so sya kongsi terjemahan ja la. SELAMAT BERAMAL SEMUA!... SEMOGA HATI2 YANG MEMBACA DOA2 INI BERADA DALAM KEREDAAN ALLAH S.W.T dan selawat keatas nabi junjungan kita MUHAMMAD SOLLALLAH ALAIHIWASSALAM.

Thursday, July 21, 2011

Kosmetik Pilihanku

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Imam Muda Sr2 - Kenali Imam Muda Hassan

Imam Muda Sr2 - Imam Muda Hassan

ceciter je part final

"Dear diari :
Hari ini, genap 3tahun sya menerima msg tanpa mengetahui siapa tuan punya badan yang sebenar. Kadang-kadang timbul perasaan ingin disayangi oleh kaum bertentang jenis tapi sya tak berani untuk memulakan langkah. Setiap malam berlabuh, setiap pagi menjelma, sya seakan-akan ternanti msg tersebut. Cuma yang peliknya bila sya balas msg tersebut pasti tak da jawapan...emm.... siapa dia.

Dear diari :
Hari ini, sya akan menjadi milik org yang sya tak kenali. sya tak pernah jumpa dan tak pernah bercakap pun sekali dengannya. Mcm2 fikiran nakal menerjah contohnya mcm mana rupa org tu ada tak mcm Hassan kalau senyum tp klu mcm shreak mampus la sya huhuhuhu.

Dear diari :
Hari ni juga Mir sempat MMS picture 1st babynya yang diberi nama Irsya Izwani. Kata Mir dia nak baby nya tu jadi mcm sya, kuat, cekal tapi kiut hehehe ada2 ja

Dear diari :
Dari dalam bilik raja sehari ni sya da boleh dengar bunyi kompang.. YA ALLAH SELAMATKAN LAH SYA"

Suasana di perkarangan rumah Ayu riuh rendah...
Terdengar bisikan2 yang kurang menyenangkan
"mcm mna kawin tak da bertunang ni, tiba2 ja...ada masalah ka?" tu la soalan yang kerap didengari

"sah" kata imam
"sah" disambut oleh saksi2 yang dilantik...
"bawak la pengantin perempun tu keluar emaknya" kata imam lagi.

Paluan kompang kedengaran lagi....

Majlis membatalkan air wuduk dimulakan...
Ayu dengan tertib menyambut salam yang dihulur oleh suaminya yang sah.
"Napa tangan sejuk ni.. demam yerrr" kedengaran suara yang amat janggal di deria pendengaran Ayu.
Lantas Ayu memandang muka pemilik suara tersebut.
"Sya tak kenal kamu, kamu pun tak kenal sya, mcm mna kmu blh terfikir nikahi sya" balas Ayu dengan berani.
"Tak pa la, nanti abg kenal lah Ayu dan Ayu pun akan kenal abg juga" slumber Ayu menerima jawapan tersebut.

"Mie, p la bersalam ngn keluarga mentua lagi" seseorang tiba-tiba bersuara menyebabkan Ayu kembali ke alam nyata.

Sebulan selepas itu....
"aik dengan suami sendiri pun masi nak malu ka" dengan muka tak berperasaan Ahmad Azmie menyakat Ayu.
"Apa la, aurat tau tak...nama ja solat tak tinggal" balas Ayu geram.
"Halal da" jawab Azmie sambil tersnyum.

"Dear diari :
Syukur Alhamdulillah, sya dikurniakan seorang kekasih, seorang suami dan seorang sahabat yang sangat memahami diri ini. Rupanya bercinta selepas kahwin lebih nikmat dari sebelum kawin. Tak sangka ketabahan hati ini terbalas juga. Hari demi hari cinta kami semakin kuat. sekarang ni kami cuma menunggu rezeki yang seterusnya.

Dear diari :
Semalam Mir call sya dan sya sangat2 geram dengannya. rupa2nya selama 3 tahun sya selalu menerima msg dari individu yang tak dikenal pasti adalah hasil komplot Mir dan Azmie... sangat dasyat, sikit hidung Mir nak terbalik nasib dia ada kat seberang, kalau tak habis la dia.

Dear diari : 
Tapi apa2 pun SYA BAHAGIA SEKARANG NI. TERIMA KASIH ABG"


ceciter je part 3

Setiap malam tepat jam 11 pm...
"syalalala....syalalala..syalalala"  bunyi fon pasti akan kedengaran dan msg yang diterima adalah seperti ini..
"sebelum tidur jgn lupa baca surah 4kul, Assalammualaikum" dan Ayu akan buat just dont know...

Setiap pagi tepat jam 5am....
"syalalala....syalalala.....syalalala" bunyi fon akan kedengaran juga dan msg yang akan diterima mesti sama selalu seperti ini " Assalam, jangan lupa solat subuh..mulakan tiap langkah dengan tawaqal tuAllah" dan seperti biasa juga Ayu akan buat just dont know....

Mir yang memerhati situasi itu pun just keep quit ja bab ta mo Ayu bising.....

Hari demi hari.... bulan demi bulan...sem demi sem.... tahun demi tahun....

"Ayu, hang apply keja tang mana tu" Mir bertanya pada Ayu
"Alala tempat yang dekat ngn rumah sya la... jimat kos geng hehehehe" jawab Ayu.

"Ayu, t hang klu kawin jangan lupa jemput sya no. Sya book tukang buka hadiah je ler" kata Mir lagi.
"Yang tu ko kena tunggu sampai my Mr Right datang meminang la " Jawab Ayu slumber.
"la, hang tu yang jual mahal pun" balas Mir lagi
"ya la, ingat sya ank kucing arrr....sya ank manusia tau, serikandi akhir zaman lagi tu" jawab Ayu dengan yakinnya.
"Apa sal hang tak go through je dengan mamat yang selalu bg msg tu, tak pandai give up tau mamat tu tgk sampai skrg hampir 1 tahun da tu Ayu" tanya Mir mohon kepastian.
"isyssss.... sya ta mo la jiwang2 ni, sya nak jiwang dengan suami sya ja nanti. BF2 tak terlintas lagi..." begitu la jawapan Ayu yang seakan2 di fotostat saja berserta mimik muka yang ta berubah.

"syalalala....syalalala...syalalala..."

"Opssss... apa bunyinya" pantas Mir berkata.
"tepat jam 11 da la, mcm biasa" kata Ayu tanpa riak.
"Hang ni kan, tada perasaan langsung" balas Mir tidak berpuas hati.

"Mir kalau sya bgtau 1 rahsia ko simpan yer" balas Ayu.
"ok" jawab Mir dengan menunjukkan simbol peaces..

"Sya serik dah la... cukup la pengalaman lalu tu. sekarang ni semua penyesalan tu sya kutip jadi guru yang yang terbaik bg diri ini.. kamu faham kan Mir"  balas Ayu dengan wajah sayu...
"Tapi Ayu... sampai bila?" tanya Mir lagi.
"Sya tak kisah siapa pun jodoh sya, yang pasti setiap kejadian ada hikmahnya." balas Ayu ringkas.

Ceciter je part 2

"syalalala....syalalala......" fon berbunyi...
"Ayu!....1 msg diterima" Mir menjerit mencari Ayu
"Mir, tgk dlu la.. sya sakit perut lorrr" Jawab Ayu pula.
" msg tu kata, pandangan matamu membuatkan jantungku cair" jawab Mir sambil ketawa geli hati.
"Wei, bak mari fon tu.. pelik bebenor msg ni" dengan muka confius Ayu merampas fonnya.
"tak caya sdh" slumber Mir membalas.
"Mir! apa jenis msg ni...ada pula jantung boleh cair..pelik btl" Ayu berkata lagi.
"ar.....tu la implikasi pandangan mata hang tadi Ayu... jangan2 Mr Right hang dah mari kot hahaha" Mir membalas kata2 Ayu.

"Ar....mo balas apa yer Mir... give me some idea..Hassan kot" Ayu kelihatan kelamkabut mencari idea, pantang bila terfikir Mr Rightnya.

"Apa Hassan?" dengan mata terbeliak Mir menjawab.

"ya la...cepat la idea please" Ayu seakan-akan terdesak.
"ceh, susah juga jadi orang ramai peminat ni" jawab Mir lagi.
"arr.... ko jawab mcm ni... klu jantung ko cair cepat2 p masuk aisbox kasih beku sebelum terlambat" Mir memberi idea yang sangat bernas bagi orang yang ketandusan idea.

"issss....bagi la ayat jiwang2 sikit.. contohnya mcm ni andai jantungmu cair akanku ganti dengan mesin jantung berteknologi tinggi di import khas dari jepun" dengan mimik muka tersenyum2 Ayu mengungkap ayat2 yang disusunannya susah payah tadi..
"hahahaha...kalau sya dapat msg tu, confirm sya ketuk kepala 10X Ayu" sambil ketawa sakit perut Mir menjawab.

"Habis tu Mir" balas Ayu seakan2 pening kepala mengatur ayat2 jiwangnya.
"la... hang kenal ka dak org yang kirim msg tu. Klu ta kenal ta yah la pusing atur ayat tuk balas msg tu ha" tegas Mir sebab tak tahan melihat mimik muka lucu Ayu.
"ya la.. ya la...sya bls mcm ni ja ...ada sya kisah" balas Ayu sepontan.

Membesar mata Mir mendengar jawapan Ayu seperti pesakit yang mempunyai simptom hyperthyroidisme iaitu exophthalmos.

"Suka hati hang la Ayu" jawab Mir ringkas tak mahu pening kepala lagi sebab dia bukan budak sastra yang pandai mengarang.

Beberapa minit selepas itu........

"syalala...syalalala...syalala" fon berbunyi lagi

"Ayu" panggil Mir

Ayu dengan senyuman kambing mengambil fonnya dengan cara yang paling tertib walaupun fon tersebut cuma berada diatas meja bersebelahan dengan tempat duduknya saja.

"Apa dia balas" dengan muka ingin tahu Mir bertanya.
"arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr" tiba-tiba Ayu menjerit.

"Apa kes" Mir terkejut.

"Mir org ni memang sah2 mental, cuba ko baca apa dia balas" Jawab Ayu dengan muka yang sangat merah kalah warna udang yang siap dimasak.

"kalau jodoh tak kan lari gunung di kejar" Mir membaca msg tersebut.

"Kan, berdiri bulu roma sya Mir, kalau gunung berlari habis la kta kena pinjak" balas Ayu tada perasaan

"hahahahaha" Mir ketawa seakan-akan tak de noktah da.

"Mir... binggung sya oleh tukang msg ni...biar la dia" Ayu membuat keputusan yang muktamad

Mir hanya memandang penuh makna pada Ayu...

Ceciter Je - part 1

"Wo!,tupai la mir.." Ayu dengan semangatnya menjerit kepada Mir
"Hang apa la cik oi, suara tu kalau iye pun kasih louder lagi la, ni ada speaker ha" dengan kegeraman Mir menjawab.
"Ala Mir, ko tengok la comel kan tupai tu, ko tolong la sya tangkap.. nanti saya kasih 1 hadiah besar punya" sambil ketawa Ayu berkata lagi.
"Hang ni, lupa makan ubat yer Ayu.. cuba hang fikir masak-masak dulu sebelum cakap" dengan muka hampir kebiruan Mir menjawab.
"ceh, putus kawan... ko tengok jari sya ni" sambil menunjukkan jari telunjuknya yang sengaja ditemukan dengan jari telunjuk yang satu lagi dan semakin berjarak.
"Ayu....Ayu...Ayu....Ayu... nak kata hang ni tak pandai tak boleh juga bab tiap sem naik stage, nak kata hang ni tak lawa tak boleh juga bab tengok muka ja pun orang boleh cair, nak kata hang ni terlebih jujur, sya rasa memang sesuai" hehehe Mir ketawa dengan gelagat temannya itu.
"Ok la...." dengan muka sedih Ayu mengalah.
"E...buruknya muka. Jap, hang tunggu sini...HASSANNNNNNNNNNNN!" sepenuh tenaga Mir menjerit memanggil nama idola Ayu Imam Muda Hassan.



"Wei.... ya la, ya la... ko ni download ja picture tu pun susah" sambil muka kemerahan Ayu menjawab.
"hahahaha...cis terus keluar sifat kesopan-santunan hang yer..meluat cik tengok" balas Mir lagi.
"Aik mestilah, serikandi akhir zaman kan" hehehe Ayu tak mo kalah juga.
"Mir, sabtu ni jom ikut sya p main futsal.. mahu lah ye" Ayu dengan tektik lapuknya cuba memujuk Mir lagi
"Dua da permintaan hang ni cik kak oi, sya bukan jinny yang dari lampu ajaib tu" Mir sengaja menyakat Ayu lagi.
"Tak pa la, memandangkan.. ko ada lesen keta so, boleh lah" Ayu memujuk tanpa berputus asa.
"ok... kalau hang sudi bermadu dengan sya" sambil senyum kambing yang tak mandi 10 hari Mir berkata.
"MADU!..... tu pantang sya, tak mo. Sya bg ko free of charge IM yang lain. Ko cuma tinggal pilih ja lagi" Ayu membalas, dengan riak seakan-akan IM Hassan betul-betul boy friendnya.
"hahahaha" Mir ketawa melihat telatah Ayu
"So?" balas Ayu tanpa perasaan.
"Ok" balas Mir.

Persahabatan Mirrinda Hidayah dan Irsya Irwayu bermula sejak pertama kali bertemu semasa sesi orentasi KKS. Kebetulan mereka ditempatkan dalam bilik yang sama. Mereka mempunyai ragam yang berbeza.

I. Irwayu : seorang yang tak de perasaan tapi pipi cepat merah, sederhana, bertudung, anak kacukan cina dan baju berasal dari sabah, pandai mencari alasan luar jangkaan, terlebih jujur.

Mirrinda H. : Sporting, berwajah manis kalau senyum, tegas, bijak, rajin, pantang menerima cabaran, seorang yang sangat setia.



Namun kedua-dua mereka mempunyai 1 persamaan iaitu " FRIENDLY"

Kisah mereka bermula disini :........


Wednesday, July 20, 2011

Damaikan hatiku.......

Tak Tau Apa Nak Jadi^^

Pejam celik Pejam Celik.....
tup! skrg sya dah hampir habis stdy....
Mcm2 perasaan ada tapi nak buat mcm mana kan...
Setiap Kejadian itu ada hikmahnya....

Macam kejadian siang dan malam.....
Kejadian musim luruh dan musim bunga.....
Betapa Hebatnya Pencipta Kta.....
Alhamdulillah.....

Kini sya melangkah setapak lg....
Menuju jalan yang telah sya pilih.....
Setiap penyesalan dlu.....
Sya kutip kembali supaya dapat menjadi guru pada dri ini.......

Perasaan nyilu masih terasa....
Tapi kehadiran teman2....
Berjaya membuatkan sya tersenyum...
Terima kasih teman.....

Manakala buat mereka yang pernah menyayangi diri ini....
Maafkan sya, sya bukan insan yang sempurna....
Kelembutan budi bicara ibarat senjata yang memakan dri....
Kerelaan hati membuatkan sya tertipu dengan cinta dunia....
Allahuakhbar....
Lemahnya sya.......

Sya nak kongsi artikel yang ni....^^

TAJUK : BERCINTA SEBELUM VS SELEPAS KAWIN

Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasai oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.

"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:

"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 
Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.

Wednesday, June 29, 2011

Bicara hati

Tak tau skrg ni hati selalu berkata-kata "kenapa saya yang kena lalui semua ni,, kenapa tak orang lain".....
em, rasa macam lemahnya iman kan... sepatutnya saya ucap ALHAMDULILLAH kerana Allah sayangkan saya dan ucap ASTAGFIRULLAH kerana lemahnya iman di dada...

Cinta membuatkan saya letih..
Cinta membuatkan saya putus asa...
Cinta membuatkan saya sedih
Tapi ada sejenis Cinta yang tak buat saya rasa semua tu,
Cinta kepada Allah... Alhamdulillah....

Buka mata, gerakkan anggota, capai apa yang patut, sucikan diri...
Insyaallah kita berada dalam dakapan lembayung kasih sayang Allah...

I LOVE ISLAM

Wednesday, May 25, 2011

Cantik!


Tu my ikan, sya jaga kat asrama hehehe..
tak memudaratkan jg so selamat la ^^
sya bagi ikan ni nama MB... simple n cute name kn..
Dia ni pelik sikit, suka berlakon mati, suspen ja...
Kak senior pn yg tgk MB msti tanya ikan ni hidup ka mati? sya jawab mcm ni ja... bagi masa 10 saat cnfrm MB aktif..cumil kn..ngeeee

Sya suka tgk MB makan n berenang... rasa tenang lagi pn org kata ikan ni makhluk Allah yang paling kuat berselawat tau selain tumbuhan... jadi klu kta jaga dorg ni baik2 insyaallah, dorg akan doakn kta jg...

So, keganasan terhadap haiwan tak patut terjadi, pupuk kesedaran seawal kanak2 k...

suka, sayang, cinta

Mula2 tu juz wanna 2 say " i like u" atau dlm bahasa melayu "saya suka awak la"... masa ni hati rasa ragu2 lagi..(ya ka? mimpi apa ar ckp mcm tu kat sya^^)

1 minggu, 1 bulan , 5 bulan after that..

"well now, saya dah sayang awak sgt2"... masa ni hati rasa berbunga2 (alamak! apa saya nak balas ni...romentik pula..suka la hehehe)

1 years after that...

"I love u sayang"... em, masa ni hati rasa dunia ni ana yg punya ^^
( em...msti bls i love u 2 sayang..^<) P/s ; sya yakin remaja sekarang tak lepas dari gejala mcm ni... semua tu tak salah tau... tapi yang girls jangan lalai tau, yg boys pula jaga anak org baik2 tau.. Kaum hawa sangat lemah, sentiasa ingin di pimpin, sentiasa ingin di sayangi.. tak mengharapkan harta, cukup sekadar rasa diperlukan... em...

Wednesday, May 18, 2011

A letter from Mom and Dad- - I kinda cried when i first read it.[HD].mp4



cuba hayati ni k... sya pn nak nangis baca 1st time huhuhu

Sangat sedih!

"Mothers Day"..... emmmmmm...................

Sekali lagi sya miss nak ucap secara berdpn dgn mama sya..huhuuu kecewa!
MayB bagi org lain small matter but bagi sya its was a big matter...

IKHLAS BUAT MAMA (Misah Said)
Mama, sya cuma nak kata terima kasih sgt2 bab besarkan sya, sygkn sya dan slalu doakan sya...
Dulu masa kecik2, slalu jg kena cubit kat paha tapi biasa la budak nakal plus tak faham bahasa plus pandai bagi alasan huhuhu
Bila mama kata "ok, tengah hari kta tdo, nanti ptg baru blh main"... tapi sya ni pandai pula berpakat ngan adik..
Tak susah main kenyit2 mata ngn tumbs up ja..habis citer hehehe
Tengah hari tu, mama da tdo, sya ngan adik cabut lari p belakang rumah... hahaha konon p cari rezeki kat sungai blkg rmh tu ngeeee.... sgt nakal kan kami..
Buts my mum is the best...dia tetap sabar layan kerenah kami..
Sampai la 1 masa, mama kata " ok siang p sk rendah, ptg p sk agama dan mlm p ngaji.. no bantahan kecuali sakit"... Wo, sakit kpla jg fikir helah tp bab takut kena marah oleh bapa kta adik beradik juz p ja la... sampai kat sna, jumpa gang 1 kpla... mcm2 plan dirancang huhuhu
paling teruk sya rasa, p kutip ulat hijau yg menyala badannya tu klu mlm..ishhhh nsb selamat jg semua walau brbotol2 kami p kutip hahahaha sbg lampu blik rmh dr ngaji konon... cian ulat tu jd mangsa huhuhu..

Bnyk lagi kisah sya yg mama tak tau sya buat, antranya kena kejar pkcik bot gara2 memancing kat ats bot dia yg da kena cuci hahaha
1 lagi, sikit nak jatuh dari jati tepi surau time tu air psg pula, nsb la ada kwn tlg pegang tgn klu tak alamat la ta nmpk matahari da..isssshhhh
Ni la, nama ja budak prmpn tapi suka kwn ngn budak lelaki huhuhu

Mama....Mama...Mama...Mama!

Mama i love u very2 much more... muahX...
Even da lewat beberapa hari, sya tetap nak ucap HAPPY MOTHERS DAY N WANNA SAY SAYA SAYANG MAMA....^^

Friday, May 13, 2011

PANCAINDRA - Noktah

"Mardia... Dia sayang" berulang-ulang Mak Tum memanggil Mardia namun yang hanya kedengaran hanya keluh-kesah seperti org yang menanggung beban yang sangat berat.

"Bye ibu, bye ayah, bye Mak Tum...Mardia sayang ayah sangat2, Mardia sayang ibu sangat2, Mardia sayang Mak Tum sangat2 jg." Jerit Mardia sebelum semua itu terjadi.

"Sekali lagi" jawab Sharifah
"Banyak kali da tu sayang" tenang Saiful menjawab
"Kenapa semua ni jadi pada Mardia abg?" balas Sharifah lagi
"Hakikat kehidupan, Allah Maha Mengtahui semua yang dirancangNya" jawab Saiful ringkas

3 jam selepas kejadian....

"Assalammualaikum?" tiba2 kedengaran suara orang memberi salam
"Waalaikumsalam, cari siapa ye?" Mak Tum yang bergegas berlari ke depan pintu utama menjawab dan membuka pintu.
"Saya nak jumpa Datin Sharifah" jawab tetamu tersebut
"o...sila masuk..tunggu sebentar ye" balas Mak Tum lagi

"Mak Tum, siapa tu?" tiba-tiba Saiful bertanya
"Tak tau, saiful tapi oarang tu cari Sharifah" jawab Mak Tum
"Tapi kan, Mak Tum hairan la tengok orang tu macam tak keruan je" sambung Mak Tum lagi

Saiful terdiam bagi terasa ada sesuatu yang akan terjadi namun cuba ditepisnya... mustahil!

"Ya, kamu berdua cari saya" suara Sharifah memecah sunyi ruang tamu mereka.
"Iffa!...."
"Maya, Irham" balas Shariffah
"ya, Iffah ini kami" balas tetamu tadi

Saiful yang berdiri disebelah Sharifah hanya terkedu

"lama tak dengar cerita, bertahun2 kamu menghilang tiba2 sekarang muncul. saya gembira dengan kedatangan kamu ni" luah Sharifah

Kedua tetamu tersebut hanya tersenyum.
Saiful merasakan ada aura yang tak betul... kenapa? apa yang akan terjadi?... Saiful cuba bersifat sedia kalah

"Sebenarnya......"
"Sudah...."itulah kata-kata yang terluncur laju dari hati Saiful dan tidak terkeluar sebagai percakapan

Suasana menjadi sepi... haru biru... penuh dengan tangisan, penyesalan dan macam-macam lagi

"Sharifah, Mardia!" jerit Mak Tum tiba-tiba.
"Abang!" Sharifah pula berkata lalu berlari anak mendaki tangga menuju ke bilik Mardia

Saiful segera memenggil Doktor.

Kedua tetamu tadi turut berlari mengejar Sharifah

"Dia... Dia... bangun sayang... cukup-cukup la buat ibu sedih..ibu tak kuat lagi sayang" dalam tangis Sharifah berkata-kata

"Sharifah, ini kah Mardia? " soal Maya
"ya" ringkas dan padat jawapan sharifah membuatkan Maya ternganga

Irham tanpa sedar terus memeluk Mardia
"Syuhada... ini ayah Mardia yang sebenar.. nama Mardia sebenar Syuhada" tergerak-gerak badan Mardia mengikut retak Irham

Saiful cuma memerhati...ini la namanya Qada dan Qadar... luah hatinya lagi

"Semua ni, salah Maya! why Maya? Why?" jerit Irham dengan penyesalan

Maya tidak menjawab cuma menangis teresak-esak seperti anak kecil

Semuanya berlaku dengan pantas... Tiada yang dapat menghalang kekuasaanNya...
Kejadian seram pada malam itu sebenarnya telah dirancang oleh Maya.
Maya inginkan anak kecilnya hidup bahagia. Dia tidak mahu anak tersebut susah.

Namun penyesalan sekarang sudah terlambat

"Maafkan ibu.. Syuhada" luah hati Maya

selang beberapa jam doktor menyatakan.

"Mardia masih boleh diselamatkan, bawa segera ke hospital" arah doktor
"Encik Saiful kita ada berita gembira" sambung doktor itu lagi setelah mendapat panggilan telefon.




"Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab tolong Dia" luahan keluar dri bibir kecil Mardia

"Ibu, sekarang Dia dapat tgk bintang dah.. Bintang memang cantik hehehe" kata-kata Mardia membuatkan mereka gembira.

"Syuhada, abah dan mumy minta maaf atas segala-galanya" Irham sengaja menggunakan panggilan Abah buat dirinya dan Mumy untuk Maya supaya terdapat perbezaan antara Sharifah dan Saiful.

"Ta pa Abah, Ta pa Mumy.. Ayah dia kata tak baik marah lama2 nanti tak da kawan" sambil senyum Mardia berkata dan terus memandang Saiful.

Inilah noktahnya... si kecil yang menderita kembali ceria.. SUBAHANNALLAH!

Sunday, May 1, 2011

PANCAINDRA - senyumanmu syg

"alamak ko pecah.." mengekek Mardia ketawa mendengar jeritan ibunya yg terkejut.

Musnah hayalan Sharifah...Merah mukanya tapi akalnya masi waras..

"Dia, nakal ye..suka buat mcm tu kat ibu...nanti ibu msk hsptl" tegur Sharifah kepada tingkah anaknya itu.

Mardia meraba-raba sekeliling mereka... ada kerusi makan, ada dinding yang mempunyai line kasar... " o..skrg Mardia berada di ruang makan"...Mardia bermonolog dlm hati dan dengan cekap dia mengapai ibunya lalu memeluk erat..

"Ibu marah Dia?..Dia suka dengar ibu marah2..Dia rasa sgt2 disygi.." luah Mardia.

Terdiam Sharifah mendengar kata2 Mardia.

"Ibu, tadi kat kelas Cikgu bagi ini ngn Dia..Ibu buka la" Mardia memberi sebuah bungkusan hadiah yang sgt cantik berwarna merah hati kepada Sharifah.

"Apa ya, isinya ibu" Mardia begitu bersungguh2 ingin mengetahuinya.

"o...ni hadiah. Mardia dapat no 2 ya dlm kelas..syukur alhamdulillah" sebak dada Sharifah melihat kegigihan anaknya yang berhasil.

"Dalam hadiah ni, ada alat tulis dengan sebuah buku cerita bertajuk Taubah" sambung Sharifah lagi..

"ala...napa pula cikgu Dia bg hadiah mcm tu, bukan Dia dapat baca jg pn".. rajuk Mardia

Mardia bukan bersekolah di sekolah khas, memandangkan tahap mentalnya yang baik dan boleh dikata pelajar yang pintar. Mardia berkeupayaan seperti org normal kerana daya ingatan yang sangat kuat.. sekali saja diterangkan dia pasti dapat mengingatinya. Begitulah kekuasaan Allah S.W.T

Di Sekolah Mardia belajar seperti pelajar2 normal lain cuma dia menggunakan buku khas dan lebih tertumpuh kepada deria pendengaran.

"Em..tak pa la, nanti ibu bacakan untuk Mardia ya..." pantas Sharifah menjawab

"Assalammualaikum, sayang2 ayah" tiba2 Saiful mencelah.

"Ayah2 tadi Dia dapat hadiah, ada kat ibu tu, tapi cikgu Dia bagi hadiah buku cerita pula. Bukan Dia dapat baca juga pun" adu Mardia pantas sebaik sahaja mendengar suara Saiful.

"Ya kah?.. wah anak ayah sangat pandai. Tak pa.. ibu dengan ayah kan ada.. anak ayah jangan risau" lembut Saiful menenangkan Mardia.

" Ni yang buat Mardia syg sgt2 kat ibu, kat ayah hehehe" sambil ketawa Mardia menghalakan tangannya kepada Saiful pula.

"Tapi lain kali klu org bagi salam, jawab la dulu" tegur Saiful..

"opssss, maaf ayah, Dia jawab dalam hati ja tadi tu" sambil tersenyum Mardia menjawab.

Air mata Sharifah tak tertahan lagi, mengalir laju ibarat empangan pecah melihat telatah Mardia..
Saiful memerhati dengan sayu " Ya Allah, Engkau lebih mengetahu maksud disebalik semua ini. Amin" doa ikhlas dari hati Saiful.

Senyuman dan ketawa Mardia ubat ketabahan bagi Saiful dan Sharifah. Mardia anak kecil yang petah berkata2, luhur hatinya dan sangat aktif...Tapi apa salah Mardia sehingga mendapat ujian yang sebegitu rupa... Akibat demam tinggi secara mengejut semuanya berubah...


p/s : blh komen k... blh suggest jg nak ending mcm mna... yang pasti semua ni rekaan semata2..^^

Thursday, April 28, 2011

PANCAINDRA - keindahan yang sementara

"Mardia, come to mama" sambil mengekek ketawa Mardia berlari anak ke arah mak Tum..

"Mak Tum, jgn manjakan sgt budak tu.Nanti besar kepala" marah Sharifah apabila tegurannya kepada Mardia tidak berkesan akibat pujukan Mak Tum.

"Ala...Kecik lagi budak ni, kta nak marah2 pn bukannya dia faham..Kan Mardia" sambil mengacah Mardia Mak Tum menjawab soalan Sharifah.

"Mak Tum, lagi dulu makan garam" tambah Mak Tum lagi.

"Mak Tum, garam tu tak masin kah makan banyak2 hehehehe" ketawa saiful pecah setelah mengenakan Mak Tum.

"Kamu ni Saiful dari dlu sampai skrg ta pandai berubah, tak sah klu tak kenakan Mak Tum" rajuk Mak Tum.

"Bila abg sampai ni? ta dengar pun bunyi kereta masuk tadi" Sharifah bertanya kepada suaminya pula.

"Macam mana nak dengar klu muka tu masam memanjang.. kesian Mardia ayah kan" sambil mengangkat tangan memanggil Mardia.

Begitu lah telatah keluarga ni selepas kelahiran Mardia. Penyeri hidup pasangan yang dahulunya sentiasa kemurungan. Saling menyalahkan dri akibat ujian Allah. Namun dengan kekuasaannya semua itu berakhir setelah bertahun-tahun lamanya.


cantik pada pandangan mata kasar tapi hakikatnya.....
 "Mardia...Mardia....Mardia.... bangun sayang" berkali2 Mak Tum cuba mengejutkan Mardia. Waktu itu umurnya baru mencecah 1 tahun.

"Ya Allah, musibah apakah ini... Sesungguhnya aku hambahMu yang lemah... Permudahkan aku untuk melaluinya... Ya Zaljallal hi walikhram" sayu butir2 doa itu terlahir dari sepasang bibir milik sharifah.

"Abang..............!" hanya itu yang terluah dari mulut Sharifah apabila terpandang Saiful tepat di muka pintu wad kanak-kanak.

Thursday, April 21, 2011

PANCAINDRA - Alhamdulillah

"Puan, saya mengambil keputusan untuk menjadikan bayi ni sebagai milik kami" pecah keheningan suasana dengan suara lembut seorang wanita yang berjiwa keibuan itu.
"Baik lah, sila isi borang disana puan. Sila pastikan puan mengikut semua arahan supaya kerja pemprosesan prosedur cepat" balas wanita yang berada di kaunter tersebut lagi.

Tercengang c suami melihat telatah c isteri...

"Syg da fikir masak2 ka ni?" c suami cuba membaca fikiran c isteri namun tiada jwpn dari riak wajah yg mulus itu.

"ya, sya pasti dgn tndkn sya ni. Sya tak perlu fkr sampai mskn tu layu nanti hilang vitaminnya" lembut bicara itu keluar dari mulut insan yang berjiwa syahdu sambil tersenyum manis...



" emmmmmm.... Abg sgt cintakn syg, terima kasih" akhirnya harapan yang mereka harapkan telah muncul. Alhamdulillah.

Bermula la cerita kelahiran Mardiah dalam hidup pasangan Saiful dan Sharifah.

Friday, April 15, 2011

Ensom, Cantik, Cute n Manis..^^

"Ensomnya dia kan, tp msti ramai peminat tu, huhuhuhu reject awal2", pernah tak dengar kawan2 kta ckp mcm ni xpecial utk kaum hawa la^^

"Ppppwitttt, kim slm...awk ni cantik la"... (amboi, bukan main lagi ilastiknya lidah kaun adam. Pantang nampak cewek cantik + meletup...sapa setuju angkat tgn hehehe)

"Mak aiiiiiiii! so cute"... kadang2 kaum hawa pun pandai memuji ngan perkatan ni kn termasuk sya^^

"Manis, kalah gula.. klu nak dibandingkan dgn madu pun, cnfirm awk menang jg"... ni lagi la buat hati orang berbunga2 huhuhu... sya prnh dpt msg mcm ni... pada sya lucu, ada pula nak bandingkan sya ngn gula... punya la jauh beza... isssss tak faham hehehe

Bukan apa, sya juz nak curahkan pendapat kat my Mr B ni...

Sya tiba2 teringat isu perdebatan antara sya, S ngn D... pasal isu ni la...
Kta selalu dengar kata perumpamaan CANTIK, ENSOM, CUTE n MANIS...sampai kdg2, ada antara kta terbang terlalu tinggi sebab berjaya mendapat nama ngn perumpamaan ni... huuuuhhhh

Pernah tak kta terfikir, semua tu cuma pinjaman... Tak caya cuba tengok makcik, pakcik, nenek, atuk ngn yang sewaktu dengannya... percaya tak klu sya kata mereka dlu pun pernah melalui zaman kegemilangan mcm kta... em.. tu la namanya pinjaman semata2..."INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA"

Lagi 1, pernah tak kta cuba membayangkan bagaimana KECANTIKAN DAN KEKACAKAN NABI ALLAH YUSUF ALAIHISALAM yang tiada tandingan... cuba la gali2 pasal NABI ALLAH NI... Sya sendiri tak dpt nak bayangkan...



cute kan...hehehe
 p/s ; sori k, buat mereka yang tertunggu2 smbg citer PANCAINDRA... bukan tada idea cuma tada masa... skrg ni sya bz klinikal... tak lama lg exam final da... t ada masa, insyaallah sya smbg menulis citer suka2 tu k...
so selamat menambah ilmu dan menambah apa yang patut hehehe... ikhlas MISS WEEN N

Sunday, March 13, 2011

PANCAINDRA - sebenarnya

"Tolong, tolong sya cik " dengan tangan mengeletar wanita itu menyerahkan bayi yang berbalut kain sarung lesu.

Saiful dengan gentelmannya menerima bayi tersebut tanpa ada keraguan.

"Ifa, tengok bayi ni" Saiful ingin menyerahkan bayi tersebut kepada Sharifah namun Sharifah kelihatan semakin menjauh.

"A....a....Abang, betul ke ni?" terpacul perkataan itu dari mulut Sharifah.

"Ya la.. bayi manusia ni kan Puan?" Saiful menujuhkan pertanyaan tersebut kepada wanita tadi tapi.........

"Abang, buang bayi tu" jerit Sharifah

Saiful dalam delima

"Tapi, cuba Ifa ke mari. Bayi ni bayi manusia. Abang yakin" jawab Saiful.

Sharifah bergegas ke arah Saiful lalu menolak bayi yang berada dalam dukungan Saiful namun tiba-tiba...

"uwek, uwek, uwek, uwek"

"Kesian bayi ni sayang" ucap Saiful yang memang mendambakan bayi sejak 4 tahun mereka di ijabkabul.

Sharifah menangis kerana ketakutan  sambil tangannya di gengam erat oleh saiful seakan-akan memberi semangat dan menyatakan kebenaran.

"umphhhhhh" Sharifah mengeluh

"Mari balik" Sharifah membuat keputusan.

"Tapi kereta?" jawab Saiful pula.

"Cuba la hidupkan enjin tu" Arah sharifah

"Bayi ni?" soal Saiful lagi.

"Sini" ringkas jawapan Sharifah namun berjaya memberi senyuman kepada Saiful.

"Brumm, Brrrum...."

"Alhamdullilah" ucap Saiful.

Tepat jam 4 pagi mereka sampai di perkarangan banglo 2 tingkat disambut oleh Mak Jah pembantu rumah tersebut sejak 4 tahun lalu.

"Ifa, Saiful.. apa ni?" berkerut dahi Mak Jah setelah Ifa menyerahkan bayi tersebut kepada Mak Jah.

"Anak siapa ni?" Tanya Mak Jah lagi.

"Mak Jah tolong jaga bayi tersebut ya, esok kami akan hantar bayi tersebut ke rumah kebajikan" Saiful bersuara kerana kasian melihat Mak Jah yang tertanya-tanya.


"Baby...baby....baby...cak" kedengaran suara Mak Jah melayan bayi di selang-selikan dengan tawa bayi tesebut.

Terasa lain suasana banglo tersebut.

Ceria, tenang, damai, bahagia......

"Hello baby comel, mancungnya hidung" kedengaran pula suara Saiful.

"Saiful, nak pergi jam berapa ni?. Baby Mak Jah da solek cantik-cantik ni" sambil ketawa Mak Jah bertutur.

"Saya tunggu Ifa lagi Mak Jah" jawab Saiful.

"Abang, mari la" sepontan Sharifah berkata setelah menyedari bahawa dirinya ditunggu.

"Mak Jah, kami pergi dulu ya" Kata Sharifah

"Assalammualaikum" sambung Saiful lagi.

Saturday, March 12, 2011

Semalam.....

KENAPA BARU SEKARANG.................


SETELAH AKU.................


&


BIAR AKU.....................

dengan DIA


P/S : jangan tiru aksi ini.. GAMBATE!

Friday, March 11, 2011

PANCAINDRA - Mardia

"Ibu, napa Dia tak nampak bintang, kawan Dia kata bintang tu ada 5 bucu. Bintang tu cantik dari bulan sebab bulan dasarnya mengerutu. Betul tak ibu?" begitu lah situasi yang terpaksa di lalui oleh Datin Sharifah setiap kali menemani Mardia tidur.

" Sayang, memang betul kata kawan Dia tu tapi ibu nak Dia tau, kita kena letak impian kita setinggi bulan supaya kalau jatuh pun kta terdampar di dasar bintang tak pun ada awan lagi yang boleh menyambut" lembut jawapan Datin Sharifah kepada Mardia.

"Ibu, napa Dia mesti sakit? napa orang yang jahat-jahat tu sihat?" pertanyaan Mardia disambut dengan linangan air mata Datin Sharifah, namun cuba ditahannya.

"Ibu, napa diam?" sambil tangan Mardia meraba-raba raut wajah ibu tercintanya.

"Tau tak ibu, suatu hari nanti Dia nak tengok wajah ibu dan ayah. walau apa pun yang terjadi Dia janji Dia akan jaga ibu dengan ayah sebaik-baiknya" tulus kata-kata itu meluncur laju dari bibir comel gadis 9 tahun.

"Mardia, tidur la ya sayang, lewat da ni jam 11 mlm da" bisik Datin Sharifah, tidak betah dia untuk terus mendengar luahan hati gadis comell tersebut.

Hati ibu mana yang tak pedih melihat anak kecik yang baru berusia 9 tahun ditimba musibah. Jika kita ditempatnya belum pasti kita akan menjadi setabah Mardia.



colour blindness child

"Abang.... abang..... abang" semakin kuat suara Sharifah apabila panggilannya terhadap suaminya tiada respon.

"Abang..!" sekali lagi sharifah melaung perkataan itu.

"ya, napa dengan Ifa ni" Saiful berang dengan tingkahlaku isterinya itu.
"dah la kereta buat hal, Ifa lagi nak tambah masalah" bebel Saiful lagi.

"Abang dengar tak apa yang Ifa dengar ni" soal Sharifah lagi.

suasana malam tepat jam 12, sunyi sepi tanpa ada sebarang kenderaan yang lalu. kiri kanan laluan merupakan belukar, semak samun dan terdapat gaung yang hanya diterangi cahaya lampu kereta milik Saiful dan cahaya bulan milik yang Maha Pencipta.

"tolong, tolong, tolong, tolong saya......" mendayu-dayu suara itu sampai ke cuping telinga Sharifah lagi. Namun kali ini Saiful juga turut mendengarnya.

Mereka berpandangan mata.

"Ifa masuk kereta cepat" arah Saiful sebelum mengunci kereta Honda CRV nya itu dari dalam.

Tiba-tiba...........

"tuk, tuk, tuk, tuk, tuk...." bunyi cermin belakang kereta di ketuk.

"Abang.." serak suara Ifa kerana ketakutan

Saiful cuba memberanikan diri untuk pandang cermin kereta belakangnya itu..

"Astagfirullallahalazim"... tiba-tiba Saiful beristigfar berulang kali.

Sahrifah yang tidak tentu arah, membaca pelbagai surah yang entah betul atau tidak.

"Ifa, mari teman abang. Abang rasa perempuan tu manusia" tiba-tiba suara Saiful memecah sunyi.

Sharifah menjadi seram sejuk. Namun dek kerana takut di tinggalkan sendirian dia memberanikan diri..


Nur Selawat



p/s ;  jom selawat ke atas RASUL JUNJUNGAN KTA... MUHAMMAD SOLLALLAH ALLAI HI WASSALAM

Thursday, March 10, 2011

me wit collage : cooking demo^^

ni la keja group G2/09 this sem... sgt best n akan menjadi "MEMORI ANTARA KTA"
juz wanna 2 say GAMBATE!

bnyk lg aktiviti yg kta buat sbnrnya tp t sya upload ok bab tu bz memanjang hehehe

bz siapkn bhn utk masak
tukang masak import hehehe
hehehe
sempat lg huhuhu
PA sist. bekerja keras
Group "ANTENATAL TRIMESTER KE-3"
tu our mum no 2 yg no 1 tgh berkursus time ni
yg ni madam yg brtgjwb mngajar COMUNITTY NURSING 2
ant. madam2 yg mghadirkn dri
p/s : bnyk lg pic but ni yg terpilih ^^

Wednesday, March 9, 2011

Jangan tengok Aku

" tau la, sya ni cantik but tak yah tgk mcm nmpk alien tersesat kat bumi ok"
ungkapan yang kta rasa mcm " ngada2" "mengedik" "perasan"" bikin panas""minta dipuji" "angkt bakul sndri" & bnyk lg...

tp bila kta fikir positif, rasanya tak salah bila ucap mcm tu jika tada buat kesalahan. Cuma kadang2 pandangan org buat kta rimas by than terus terungkap perkataan mcm tu. Even thourgh, org yang sgt2 rasional pn kdg2 blh menuturkan kata yang tak sedap telinga ni nak dengar.



napa benda ni jadi???

but why???????

mungkin sebab org terlalu bz ngn hal kta.
mungkin sebab org terlalu suka tgk kta.
mungkin sebab kta ni terlalu menarik perhatian org.
mungkin sebab kesilapan yang kecil kta trs di cop.
mungkin sebab org tak suka tgk kta bahagia.

so????????

cubalah jadi diri sendiri.
jangan pernah menganggap bahawa kta adalah yang terbaik.
jangan asyik fikir hal org, nnt keja kta yang tak settle2.
juz diam bila nampak kejadian yg tak menyenangkan bab klu kta ingin membahaskan kejadian tersebut kta tak ubah seperti pelaku tersebut.
Tegur dengan cara yang profesional.
bertindak mengikut logik akal.



p/s : sya bukan nak tunjuk pandai, juz nak kongsi idea n juz nak ingtkn dri ni..

Tuesday, March 8, 2011

CINTA AYU - kenangan indah

"woi! puan Ayu, termenung jauh nampak. Kta tau la cik abg tu jauh nun di rantau org tp tak kan lah baru sehari dah rindu kot"...terkejut Ayu dengan sapaan Ifa itu.

Terasa berkecai bayangan-bayangan masa lalu Ayu itu tadi..." Abg, mama, walau dimana kamu berada ketahui la Ayu tetap akan titipkan doa buat kalian, walau sehingga jasad ini tertanam di bumi Allah. Percaya la, insyaallah Mardiah dan Maisarah ada untuk kta, semoga mereka akan menjadi ank yang solehah" begitu la bisikan nurani Ayu yang tulus.

" Selamat malam, boleh sya bercakap dengan cik Irsya Irwayu" Ayu tergamam sektika dengan pertanyaan pemanggil tersebut pada suatu malam tepat jam 10.
" Ya, Ayu bercakap, boleh sya tau sapa ni" balas Ayu sedikit gugup.
" o...selamat malam cik Ayu, sya inspektor Shah"

Bagai terbang seluruh tubuh Ayu apabila mendengar kata-kata inspektor Shah tadi...

Mama...........! Abg Alif......................!

"Bersabar Ayu sesungguhnya kebahagian di dunia ini hanya pinjaman sahaja.. selalu la berdoa utk mereka" kata-kata Mak Tum terngia2 di telinga Ayu.



hanya air mata teman yang setia ketika itu


sebulan... setahun.... 2 tahun..... 3 tahun sehingga la tahun yang berikutnya........

" Sayang, malam nanti abg blik ya... flight jam 9, sayang tak yah tunggu la... jaga Mardiah dan Maisarah baik2 k... i LUV Ufo" begitu la msg terakhir yang diterima Ayu daripada Amirul.

Dulu Ayu selalu tertanya-tanya apa mksud I LUV Ufo tu, rasa lucu kan.. tapi ia membawa maksud I LUV U FOREVER.

Ikatan sah antara Ayu dan Amirul ( senior Ayu dlu) terjadi apabila Ayu mengikut pilihan Mak Tum yg kononnya ingin mengeratkan silaturrahim antara mereka dengan keluarga Amirul.
Amirul merupakan seorang programmer di jabatan kewangan manakala Ayu tersasar jauh menjadi seorang stafnurse komuniti..

"Alahai, tak habis2 mengelaman nenek tua ni hehhee" ketawa Ifa meriuhkan suasana yang sunyi di rumah Ayu..
" Apa la Ifa ni, mengganggu btl" Ayu menarik muncung.
" hehehe, nak bagitau jap lagi Aina, Mar ngn Ekin datang tau. Dorg nak tgk ank buah dorg yang comel tu" sambil tersenyum lebar Ifa memberitahu Ayu.
" Ya ka, klu mcm tu Ifa tolong sya masak ya" Ayu mencadangkan sesuatu yang  yng tidak patut pada pendengaran Ifa.
" Masak?" spontan kata itu keluar dari mulut Ifa yang cumil.
" ya la, masak air" ketawa Ayu selepas menuturkan kata tersebut.
"tak kan la sya sanggup, layan tetamu sya mcm tu kan. Ifa tlg tgk kn Mardiah ngn Maisarah ja la. lgpn dorg tgh sleeping beauty tu. Tak susah jaga" Arah Ayu kepada Ifa.

Begitu la kehidupan Ayu, berkat kesabaran dan ketabahan hati. Dia berjaya melalui cabaran yang diberikan kepdnya..


terima kasih ALLAH